Page 119 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 119
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
19 juga perlu diperhatikan. Hal ini agar tidak berlaku kesilapan
dalam menjadikan ijtihad dan fatwa sebagai sandaran pada masa
akan datang.
KEPENTINGAN IJTIHAD FATWA ZAKAT
Hukum Islam adalah bersifat Rabbani (kerana asasnya berasal
daripada Allah yang Maha Agung) dan dinamis, kerana ianya
mampu menjawab setiap keperluaan masyarakat yang selalu
berkembang. Institusi utama dan dianggap tertua untuk menjawab
keperluaan masyarakat ini adalah institusi fatwa (Syamsul Anwar,
2007). Ianya telah diasaskan oleh Rasulullah SAW sendiri yang
kemudiannya dikembang dan diperkemaskan oleh sarjana hukum
Islam di sepanjang sejarah. Alat utama yang menghidupkan institusi
fatwa ini adalah konsep ijtihad (Abdul Rauf, 1995). Konsep ijtihad
ini yang merupakan buah utama daripada disiplin Usul al-Fiqh,
suatu ilmu yang mempelajari dasar, metod, pendekatan dan teori
yang digunakan dalam memahami ajaran Islam (Akhi Minhaji,
2007).
Secara teknikalnya, ijtihad merupakan usaha penyelidikan
ilmiah hukum Islam yang diaplikasi untuk mengetahui jawapan atau
kehendak Allah terhadap sesuatu persoalan hukum yang timbul.
Ianya tidak digunakan sembarangan oleh seseorang yang bukan
pakar dalam syariah Islam. Memandangkan ijtihad ini bukan setakat
membabitkan elemen teori semata-mata, bahkan turut membabitkan
elemen aplikasi, maka dalam kupasan fuqaha ianya sering
dihubungkaitkan dengan institusi fatwa (mujtahid).
Antara kepentingan ijtihad pada masa kini ialah bagi menjaga
dan mengekalkan syariat Islam dan keanjalannya sesuai mengikut
peredaran zaman dan tempat. Allah SWT memfardhukan syariatnya
sehingga hari kiamat dan menjadi penutup kepada segala syariat-
syariat yang terdahulu. Penurunan al-Quran dan as-Sunnah
Rasulullah SAW merupakan pembantu umat-umat manusia untuk
mendapatkan sumber rujukan yang tepat bagi mengatasi masalah
yang timbul pada setiap zaman kerana kekuatan utamanya adalah
merupakan sumber daripada ilahi. Allah SWT telah menyediakan
wahyu ini sebagai suatu sumber panduan yang sempurna, tinggi dan
109
110