Page 123 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 123

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5


                        Jadual 1: Tafsiran Perluasan Skop Asnaf
              ASNAF                             SEBAB

                          Individu yang dibuang kerja lalu mata pencariannya
                          terjejas  sehingga  tidak  mencukupi  untuk  memenuhi
                          keperluan peribadinya (serta keluarganya).
               Miskin
                          Individu yang mempunyai pendapatan bulanan, tetapi
                          pendapatan  bulanannya  tidak  mencukupi  untuk
                          memenuhi keperluannya (dan keluarganya).
                          Individu yang terjejas pendapatannya dan berhadapan
                          dengan kesukaran untuk membayar hutang-hutangnya
              Gharimin
                          yang    bersangkutan    dengan     keperluan    asas
                          keluarganya.

                          Individu yang tidak dapat menyara pendidikan anak-
                Riqab     anaknya  kerana  status  kewangannya  terjejas  akibat
                          kehilangan pekerjaan.

                          Bantuan yang relevan bagi merangkumi segala situasi
                          lain yang tidak dinyatakan di atas, seperti membayar
             Fisabilillah  kos perubatan yang terlalu mahal sekiranya seseorang
                          dijangkiti COVID-19 dan terpaksa berada di hospital
                          buat satu jangkamasa yang sangat lama.

            Sumber: Laman Web Rasmi Majlis Ugama Islam Singapura

            IJTIHAD  DAN  FATWA  DALAM  INISIATIF  BANTUAN
            ZAKAT COVID-19
            Institusi  zakat  harus  memastikan  penggunaan  wang  dana  zakat
            menepati hukum syarak. Hal ini penting kerana zakat merupakan
            pensyariatan  yang  ditetapkan  agama.  Tindakan  institusi  zakat
            bersama dengan Jabatan Mufti dalam usaha bagi pengeluaran ijtihad
            dilihat sebagai tindakan sangat teliti. Penelitian yang terperinci telah
            dilakukan  pihak  berwajib  sebelum  melakukan  sebarang  jenis



                                                                          113
                                           114
   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127   128