Page 118 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 118
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
ketinggalan dalam membantu meringankan beban melalui pelbagai
jenis bantuan yang telah diumumkan oleh Majlis Agama Islam
Negeri (MAIN). Institusi zakat juga antara institusi yang menonjol
dalam menjaga maslahat awam secara amnya melalui bantuan-
bantuannya seperti bantuan peralatan perubatan kepada hospital
dalam mengharungi situasi gentir ini. Agihan bantuan dengan
menggunakan dana zakat menjadikan bentuk agihan zakat telah
divariasikan dan diluaskan skop penyalurannya. Hal ini mengambil
kira ramai pihak yang terkesan dan perlu dibantu dengan kadar
segera.
Perlaksanaan agihan zakat ketika Covid-19 dilihat semakin
dinamik sehingga membentuk satu dimensi baharu dalam sejarah
pengurusan zakat di Malaysia. Adapun begitu, agihan zakat Covid-
19 seperti yang dilakukan institusi zakat adalah mustahil dapat
dilaksanakan tanpa wujudnya ijtihad dan fatwa terlebih dahulu yang
membenarkannya berlaku. Menurut laman web rasmi Pejabat Mufti
Wilayah Persekutuan (2020), ijtihad bermaksud satu usaha yang
bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara, dan ia
meliputi setiap orang tanpa dikhususkan kepada mana-mana
golongan tertentu. Manakala fatwa bermaksud satu pengkhabaran
tentang hukum Allah SWT sama ada pada yang mesti atau harus.
Justeru itu, Jabatan Mufti dengan kerjasama MAIN dan badan-
badan berautoriti telah menjalankan tanggungjawab dengan baik
melalui ijtihad serta fatwa yang diputuskan ketika wabak Covid-19.
Ijtihad perlu dilakukan agar segala bantuan yang dibuat sewaktu
Covid-19 menepati syarak.
Ijtihad berkaitan zakat Covid-19 yang dilaksanakan oleh
Jawatankuasa Fatwa Negeri dan MAIN telah menunjukkan
keunikan sistem ijtihad dan fatwa itu sendiri dalam meraikan
maslahat awam sebagai yang utama. Kesilapan dalam menginstinbat
hukum akan memberikan implikasi yang besar terhadap agama.
Justeru itu, setiap ijtihad yang dikeluarkan memerlukan kepada
kajian yang mendalam dengan mengambil kira keadaan semasa
yang harus diteliti. Pemerluasan interpretasi dan pelaksanaan
pembahagian zakat bagi asnaf lapan untuk meliputi keluarga-
keluarga yang kehilangan mata pencarian disebabkan wabak Covid-
108
109