Page 3 - NASI AMBENG
P. 3
NASI AMBENG
Nasi Ambeng merupakan salah satu makanan tradisional tempatan yang
lazat dan masih popular dikalangan masyarakat melayu keturunan Jawa yang
tinggal di kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
Nasi Ambeng bukan sahaja popular dikawasan tersebut malah ia masih
menjadi makanan yang masih digemari oleh masyarakat jawa yang sebahagian
besar tinggal di Pulau Jawa Indonesia dan orang tua-tua mengatakan bahawa
makanan ini berasal dari Pulau Jawa.
Selalunya makanan ini disediakan dalam majlis-majlis tertentu seperti kenduri
arwah dan kenduri kesyukuran samada pada waktu malam atau tengahari. Simbolik
dari penyediaan nasi ambeng adalah untuk menjimatkan kos dan kerja pengendalian
majlis-majlis tersebut. Disamping itu pengamal nasi ambeng percaya amalan ini
boleh membawa kerukunan atau kebahagiaan dalam keluarga.