Page 5 - NASI AMBENG
P. 5
Nasi Ambeng terdiri daripada Nasi Putih, Tempe, Kerisik, Rempeyek, Serunding
Kelapa, Mee atau Bihun goreng, ayam dan lain-lain juadah pembuka selera termasuk
buah-buahan. Makanan ini akan dihidangkan dalam dulang atau talam yang dilapik
dengan daun pisang. Kebiasaannya satu hidangan Nasi Ambeng adalah untuk 4 orang.
Sebaik sahaja tiba waktu untuk makan Nasi Ambeng, tetamu akan menjamah sedikit
sahaja secara ala kadar. Kemudian makanan ini akan dibahagikan kepada 4 bahagian dan
dibungkus menggunakan daun pisang yang telah disediakan untuk dibawa pulang oleh
tetamu. Apabila sampai dirumah semua ahli keluarga akan bersama-sama menikmati
makanan ini.
Aktiviti ini dilakukan kerana kebiasaannya tetamu yang dijemput untuk menghadiri
kenduri adalah ketua keluarga sahaja. Oleh yang demikian dengan cara ini hidangan Nasi
Ambeng boleh dinikmati oleh seluruh ahli keluarga.
Jadi inilah amalan atau budaya yang masih lagi diamalkan hari ini oleh masyarakat
berketurunan jawa terutamanya pennduduk Air Manis Homestay yang dikatakan sangat
unik dan boleh membawa kepada kerukudan dalam keluarga.