Page 240 - BUKU PENGURUSAN SMK CHANIS 2019
P. 240

Terdapat  perkara  lain  yang  perlu  diambil  kira  dalam  melaksanakan  pertimbangan
                       profesional yang berkaitan dengan elemen yang ditunjukkan dalam Rajah 22. Perkara
                       tersebut adalah seperti berikut:


                       (a)    Hasrat kurikulum
                              Guru perlu memahami objektif kurikulum yang terkandung dalam DSKP mata
                              pelajaran  yang  terlibat.  Kurikulum  semua  mata  pelajaran  terdiri  daripada
                              pengetahuan, kemahiran dan nilai. Bagi menentukan tahap penguasaan murid,
                              guru hendaklah memahami hasrat KSSR/KSSM dan juga memahami Standard
                              Kandungan,  Standard  Pembelajaran  serta  Standard  Prestasi  mata  pelajaran
                              masing-masing.

                       (b)    Tujuan pentaksiran
                              Guru  perlu  menentukan  tujuan  pentaksiran,  mengenal  pasti  aspek
                              pembelajaran  yang  perlu  ditaksir  berdasarkan  Standard  Prestasi  bagi  setiap
                              kelompok Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

                       (c)    Kaedah pentaksiran
                              Guru perlu menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran meliputi pemerhatian,
                              lisan  dan penulisan  melalui  pelaksanaan  PdP dalam  bilik darjah.  Guru  perlu
                              meningkatkan  kemahiran  membuat  pertimbangan  dan  memberi  justifikasi
                              terhadap  setiap  murid  serta  sentiasa  merekodkan  perkembangan
                              pembelajaran  murid.  Hasil  kerja  murid  merupakan  salah  satu  bukti
                              perkembangan pembelajaran murid.

                       (d)    Suasana Pentaksiran
                              Guru  perlu  mewujudkan  suasana  yang  menyeronokkan,  tanpa  tekanan  dan
                              bersahaja dalam persekitaran bilik darjah agar interaksi antara guru dan murid,
                              murid  dan  murid,  serta  murid  dan  bahan  pembelajaran  menjadi  lebih
                              bermakna.  Pentaksiran bilik darjah seharusnya berlaku secara autentik dalam
                              situasi PdP dan tidak dalam situasi yang terlalu formal seperti dalam dewan
                              peperiksaan.

                       (e)    Amanah
                              Guru  seharusnya  bersikap  terbuka  dan  profesional  dalam  membuat
                              pertimbangan  serta  memberi  justifikasi  terhadap  perkembangan  dan
                              penguasaan  pembelajaran  murid.  Sikap  terbuka  dan  profesional  ini
                              mencerminkan  sikap  amanah  serta  memupuk  keyakinan    pentadbir,  guru,
                              murid dan ibu bapa terhadap pertimbangan profesional yang dilakukan.

                       (f)    Peluang
                              Guru  perlu  memberi  peluang  yang  adil  dan  masa  yang  secukupnya  kepada
                              murid  untuk  menunjukkan  apa  yang  telah  dipelajari,  termasuklah
                              mempelbagaikan  sumber,  aktiviti  dan  kaedah  pentaksiran  supaya  murid

                                                            32
   235   236   237   238   239   240   241   242   243   244   245