Page 244 - BUKU PENGURUSAN SMK CHANIS 2019
P. 244

5.1.1  Merancang PdP dan Kaedah Pentaksiran

                              Dalam merancang PdP dan kaedah pentaksiran, guru perlu:

                                    Meneliti dan memahami kandungan setiap tajuk dalam DSKP.

                                    Menentukan objektif pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dan
                                     yang hendak ditaksir oleh guru. Objektif pembelajaran hendaklah selari
                                     dengan  Standard  Kandungan  dan  Standard  Pembelajaran  yang  telah
                                     dikenal pasti.

                                    Mengenal pasti kaedah pentaksiran yang sesuai.

                                      i.   Kaedah  pentaksiran  secara  pemerhatian,  lisan  dan  penulisan
                                           boleh  dilaksanakan  secara  berasingan  atau  digabungkan.
                                           Pentaksiran ini dijalankan secara berterusan untuk mendapatkan
                                           maklumat  pentaksiran  yang  lebih  jelas  dan  tepat  berkaitan
                                           dengan keupayaan, perkembangan dan kemajuan murid.

                                     ii.   Penentuan  kaedah  pentaksiran  ini  bergantung  kepada  objektif
                                           pembelajaran  yang  hendak  ditaksir  dan  bersesuaian  dengan
                                           keupayaan murid.

                                    iii.   Instrumen  pentaksiran  yang  digunakan  bergantung  kepada
                                           aktiviti PdP yang dirancang dan kaedah pentaksiran yang dipilih.

                                           Pembinaan Instrumen Pentaksiran

                                           Instrumen yang dibina seharusnya mengukur apa yang hendak
                                           diukur. Contoh instrumen yang boleh dibina ialah:

                                                  Kertas soalan ujian
                                                  Anekdot
                                                  Soal-selidik
                                                  Lembaran kerja
                                                  Rekod berterusan (running record)
                                                  Skala kadar
                                                  Senarai semak

                                            Contoh instrumen pentaksiran ditunjukkan dalam Bab 6.









                                                            36
   239   240   241   242   243   244   245   246   247   248   249