Page 247 - BUKU PENGURUSAN SMK CHANIS 2019
P. 247
Pemerhatian boleh digunakan untuk mentaksir aspek seperti berikut:
Sikap
Perlakuan/ amalan
Amali
Kemahiran manipulatif
Kemahiran bersosial
Kemahiran belajar
Kemahiran kinestetik
Kemahiran literasi komputer
Kemahiran mereka cipta
Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu guru melengkapkan
gambaran mengenai keputusan pentaksiran yang diperoleh melalui kaedah
lisan dan penulisan. Hasil pemerhatian membolehkan guru mengenal pasti
murid yang berdaya tahan, mahir berkomunikasi, pemikir, kerja sepasukan,
bersifat ingin tahu, berprinsip, bermatlamat, penyayang atau prihatin dan
patriotik. Instrumen pentaksiran secara pemerhatian adalah seperti senarai
semak, skala kadar, anekdot dan rekod berterusan (running record).
5.1.3 Merekod dan Menganalisis Penguasaan Murid
Merekod ialah aktiviti mencatat maklumat secara sistematik berkaitan
perkembangan, kebolehan, kemajuan dan penguasaan murid. Maklumat dalam
rekod perlu dikemas kini, disimpan dan dijaga dengan baik untuk memudahkan
guru membuat rujukan tentang pembelajaran murid. Maklumat yang direkod
perlu dianalisis dan ditafsir untuk tujuan tindakan susulan dan pelaporan.
Merekod boleh dibuat dalam bentuk berikut:
Membuat pernyataan
Menanda dengan menggunakan simbol
Memberi markah
Memberi gred
Rekod boleh dilakukan dalam rekod mengajar, buku catatan guru, senarai
semak dan templat pelaporan (Excel).
Aktiviti merekod dilakukan oleh guru dari semasa ke semasa supaya maklumat
menyeluruh tentang penguasaan pembelajaran murid terkumpul dan mudah
dirujuk. Maklumat yang dikumpul membolehkan guru membuat pertimbangan
profesional bagi menentukan tahap penguasaan murid dalam sesuatu
kelompok Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Seterusnya guru
merancang tindakan susulan berdasarkan kepada tahap penguasaan murid.
39