Page 251 - BUKU PENGURUSAN SMK CHANIS 2019
P. 251

BAB 6                CONTOH INSTRUMEN PENTAKSIRAN




                       6.1    Pengenalan

                       Dalam pelaksanaan PBD, terlebih dahulu guru perlu menentukan hasil pembelajaran
                       yang akan dicapai oleh murid masing-masing berdasarkan objektif pembelajaran yang
                       ditentukan dari Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

                       Bab ini membincangkan contoh instrumen dari beberapa mata pelajaran, mengikut
                       kaedah pentaksiran:
                              (i)    Pemerhatian
                              (ii)   Lisan
                              (iii)   Penulisan

                       Pentaksiran  menggunakan  ketiga-tiga  kaedah  tersebut  boleh  dilaksanakan  secara
                       berasingan atau digabungkan untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan jelas
                       tentang kebolehan dan tahap penguasaan murid.

                       Contoh instrumen dalam bab ini hanyalah sebagai panduan dan memberi idea kepada
                       guru tentang bentuk instrumen yang boleh digunakan dalam melaksanakan PBD. Guru
                       bebas  memilih  dan  menentukan  kaedah  serta  instrumen  pentaksiran  berdasarkan
                       kreativiti, situasi dan hasil pembelajaran yang hendak dicapai.


                              6.1.1    Kaedah Pentaksiran Secara Pemerhatian

                              Pemerhatian dilaksanakan sepanjang proses PdP. Instrumen pentaksiran yang
                              boleh digunakan semasa membuat pemerhatian ialah seperti berikut:
                                senarai semak,
                                anekdot, atau
                                rekod berterusan (running record)
















                                                            43
   246   247   248   249   250   251   252   253   254   255   256