Page 248 - BUKU PENGURUSAN SMK CHANIS 2019
P. 248
5.1.4 Tindakan Susulan
Tindakan susulan boleh dijalankan secara serta-merta atau dirancang.
Kemampuan setiap murid untuk memahami atau menguasai pelajaran masing-
masing adalah berbeza. Semasa menjalankan pentaksiran guru boleh mengenal
pasti murid yang belum atau telah menguasai perkara yang telah dipelajari.
Seterusnya guru boleh menjalankan tindakan susulan yang sesuai untuk
meningkatkan tahap penguasaan setiap murid.
Dalam mengendalikan tindakan susulan bagi meningkatkan penguasaan murid,
guru boleh:
Menggunakan pelbagai teknik PdP yang berkesan bersesuaian dengan
tahap keupayaan murid yang berkenaan
Menggunakan bahan PdP yang menarik dan bersesuaian
Menggunakan bahasa yang sesuai dengan tahap penguasaan murid
Memberi perhatian dan bimbingan yang rapi secara individu atau
berkumpulan
Memberi peluang kepada murid untuk mengukuhkan penguasaan
dalam pengetahuan, kemahiran dan nilai
5.1.5 Melapor
Pelaporan ialah proses penyampaian maklumat pentaksiran dari semasa ke
semasa tentang kemajuan dan pemerolehan pengetahuan, penguasaan
kemahiran, penerapan nilai, pembangunan sikap dan pencapaian murid yang
dikemukakan kepada pihak berkepentingan terutamanya ibu bapa. Melalui
pelaporan, ibu bapa dapat memantau perkembangan pembelajaran dan tahap
penguasaan anak mereka.
Perkembangan dan kemajuan murid boleh dilaporkan secara lisan atau bertulis
merangkumi perkara berikut:
Tahap penguasaan murid
Penyataan tentang minat, sikap dan perlakuan murid
Cadangan tindakan susulan untuk meningkatkan potensi murid oleh
guru mata pelajaran dan guru kelas
Templat pelaporan seperti diterangkan dalam Bab 3 digunakan untuk melapor
tahap penguasaan murid. Pelaporan ini dilakukan dua kali setahun dan dijana
melalui laporan individu dalam template MS Excel yang disediakan setelah guru
menetapkan Tahap Penguasaan murid dalam Rekod Prestasi Murid.
Pelaporan perlu dilakukan bagi membolehkan murid, pihak sekolah dan ibu
bapa mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Pelaporan ini juga
membantu guru untuk mengenal pasti aspek kekuatan dan kelemahan
40