Page 250 - BUKU PENGURUSAN SMK CHANIS 2019
P. 250
5.3.2 Tanggungjawab Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP)/ Ketua Bidang/
Ketua Panitia
Tanggungjawab GKMP/Ketua Bidang dan Ketua Panitia pula termasuklah:
Memahami konsep, pelaksanaan dan kepentingan PBD
Memimpin dan membimbing pelaksanaan PBD
Memastikan arahan pelaksanaan dipatuhi
Mengadakan mesyuarat penyelarasan PBD
Memantau pelaksanaan PBD
Mengaturkan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)
Memantau intervensi dalam tindakan susulan untuk meningkatkan
tahap penguasaan murid
5.3.3 Tanggungjawab Guru Mata Pelajaran
Guru mata pelajaran merupakan pelaksana dan memainkan peranan utama
dalam PBD. Tanggungjawab guru mata pelajaran termasuklah:
Memahami konsep, pelaksanaan dan kepentingan PBD
Melaksanakan PBD seperti yang dirancang dan mematuhi dokumen
kurikulum
Menghadiri sesi Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) dengan rakan
guru untuk mendapat input dan perkongsian profesional tentang PdP
Merekod dan membuat catatan PBD
Membuat pentaksiran secara adil dan saksama kepada semua murid
Menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran agar sesuai dengan aras
keupayaan murid
Memaklumkan kepada murid aspek yang hendak ditaksir
Memaklumkan kepada murid Tahap Penguasaan yang diperoleh dan
memberi peluang kepada murid yang ingin ditaksir semula
Membuat penilaian kendiri bagi menambah baik pengajaran dan
pentaksiran
42