Page 245 - BUKU PENGURUSAN SMK CHANIS 2019
P. 245

5.1.2  Melaksanakan PdP dan Pentaksiran

                              Guru  melaksanakan  pentaksiran  secara  berterusan  dalam  PdP  dengan
                              menggunakan kaedah (i) lisan, (ii) bertulis  dan (iii) pemerhatian.

                              i)     Pentaksiran Secara Lisan

                              Pentaksiran secara lisan boleh berlaku secara spontan semasa PdP atau secara
                              terancang  melalui  sesi  soal  jawab  atau  kuiz.  Pentaksiran  secara  lisan
                              merupakan satu kaedah pentaksiran yang mudah dan cepat bagi mengesan
                              perkembangan atau penguasaan murid.

                              Pentaksiran  secara  lisan  digunakan  untuk  mengumpul  maklumat  semasa
                              berlaku interaksi antara:
                                    Murid dengan guru
                                    Murid dengan murid
                                    Murid dengan bahan pembelajaran

                              Antara aspek yang boleh ditaksir secara lisan ialah:
                                    Kefahaman konsep
                                    Pengetahuan fakta
                                    Kemahiran mendengar
                                    Penggunaan bahasa yang tepat
                                    Kefasihan menghafaz
                                    Sebutan dalam berbahasa
                                    Kecekapan mencongak
                                    Gaya persembahan
                                    Pertuturan dan sikap


                              Kemahiran lisan boleh ditaksir melalui aktiviti seperti berikut:
                                    Soal jawab
                                    Bacaan kuat
                                    Syarahan
                                    Perbahasan
                                    Bercerita
                                    Perbincangan
                                    Hafazan
                                    Temu bual
                                    Soal jawab
                                    Nyanyian
                                    Deklamasi sajak
                                    Mendengar dan memberi respons secara lisan

                              Pentaksiran lisan sesuai untuk:
                                    Mengesan  kemajuan  dan  pencapaian  murid  dalam  kemahiran
                                     berkomunikasi




                                                            37
   240   241   242   243   244   245   246   247   248   249   250