Page 246 - BUKU PENGURUSAN SMK CHANIS 2019
P. 246

     Mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman
                                     murid
                                    Mengesan  kebolehan  murid  dalam  kemahiran  membaca  dan
                                     menghafaz
                                    Mengesan kelancaran dalam sebutan
                                    Mengesan amalan dan sikap murid secara serta-merta

                              Instrumen  pentaksiran  secara  lisan  boleh  dipelbagaikan  merangkumi  soalan
                              dan  aktiviti  yang  memerlukan  respons  murid  dalam  bentuk  lisan.  Dalam
                              menyediakan instrumen guru perlu memastikan:
                                    Soalan, penyataan, ilustrasi dan bahan ransangan perlu jelas dan mudah

                                     difahami
                                    Aktiviti atau bahan boleh meransang murid mengeluarkan idea
                                    Pelbagai  bentuk  soalan  seperti  soalan  bertumpu  dan  bercapah
                                     digunakan untuk meransang murid berfikir dan menaakul


                              ii)    Pentaksiran Secara Bertulis

                              Pentaksiran  secara  bertulis  melibatkan  aktiviti  menyemak  dan  memeriksa
                              tugasan dan hasil penulisan murid seperti berikut:
                                    Karangan
                                    Laporan projek/ eksperimen/ kerja kursus/ folio
                                    Latihan bertulis
                                    Ujian bertulis
                                    Huraian atau tafsiran statistik, peta, jadual, graf atau carta

                              Instrumen  dalam  pentaksiran  secara  bertulis  digunakan  untuk  mengesan
                              perkembangan intelek dan kemahiran murid dari aspek:
                                    Menulis
                                    Menyusun idea
                                    Mengaplikasi
                                    Mentafsir
                                    Menilai
                                    Mencipta


                              iii)   Pentaksiran Secara Pemerhatian

                              Pemerhatian sesuai digunakan untuk mentaksir proses dan hasil kerja murid
                              seperti penghasilan lukisan, buku skrap, kraf tangan, produk atau kerja kursus.
                              Pemerhatian ini membolehkan guru menilai sikap serta penguasaan sesuatu
                              kemahiran.






                                                            38
   241   242   243   244   245   246   247   248   249   250   251