Page 249 - BUKU PENGURUSAN SMK CHANIS 2019
P. 249
seseorang murid serta menambah baik PdP. Pelaporan ini bukan bertujuan
untuk membuat perbandingan antara seorang murid dengan murid yang lain.
5.2 Penjaminan Kualiti PBD di Sekolah
Penjaminan kualiti PBD adalah tanggungjawab sekolah. Penjaminan kualiti PBD di
peringkat sekolah diperlukan bagi memastikan kelancaran dan ketepatan pelaksanaan
pentaksiran dalam bilik darjah.
Penjaminan kualiti PBD di sekolah boleh dilakukan oleh
Pengetua/ Guru Besar
Penolong Kanan Pentadbiran (PK Akademik, PK Hal Ehwal Murid,
PK Kokurikulum , PK Pendidikan Khas, Penyelia Petang)
Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP)/ Ketua Bidang
Ketua Panitia
Guru yang dilantik oleh Pengetua/ Guru Besar/ Jawatankuasa Kurikulum
sekolah/ Jawatankuasa PBS sekolah
Penjaminan kualiti PBD ini melibatkan
Pementoran
Pengesanan
Pemantauan
Penyelarasan
5.3 Tanggungjawab Pihak Sekolah Dalam Pelaksanaan PBD
5.3.1 Tanggungjawab Pengetua/ Guru Besar/ Penolong Kanan Pentadbiran
Tanggungjawab Pengetua dan barisan pentadbir sekolah termasuklah:
Memahami konsep, pelaksanaan dan kepentingan PBD
Memimpin dan membimbing guru dalam melaksanakan PBD
Mengeluarkan arahan di peringkat sekolah bagi pelaksanaan PBD
Mempengerusikan mesyuarat penyelarasan PBD
Memantau pelaksanaan PBD dalam kalangan guru
Mengeluarkan arahan pelaporan pelaksanaan PBD
Mengeluarkan arahan membuat intervensi sebagai tindakan susulan ke
atas murid (jika ada)
41