Page 256 - BUKU PENGURUSAN SMK CHANIS 2019
P. 256

6.1.2   Kaedah Pentaksiran Secara Lisan

                              Pentaksiran  secara  lisan  digunakan  untuk  mengumpul  maklumat  semasa
                              berlaku interaksi antara

                                i.   murid dengan guru,
                                ii.  murid dengan murid, dan
                                iii. murid dengan pembelajaran


                              Contoh 5:  Pentaksiran Secara Lisan Antara Murid Dengan Guru


                              Guru  boleh  berinteraksi  dengan  murid  melalui  penyoalan  dan  membuat
                              penilaian secara teliti dengan memberi komen kepada respons murid untuk
                              menggalakkan pembelajaran yang berkesan seperti contoh di bawah.


                               Mata pelajaran    Bahasa Cina (Tahun 1)

                               Objektif          Murid boleh memerihalkan tentang  buih dengan jelas.
                               Pembelajaran
                               Soalan guru: Apakah pemerhatian anda tentang buih yang ditiup?

                                       Respons murid                   Contoh Komen guru

                                M1  Buih yang saya tiup adalah         Anda sebut tentang bentuk buih.
                                       besar.                          Baik! Teruskan lagi.


                                M2  Buih yang saya tiup besar dan      Anda menggunakan kata “dan”
                                       bulat.                          untuk menjelaskan saiz dan
                                                                       bentuknya. Satu usaha yang baik!


                                M3  Buih yang saya tiup lebih          Anda boleh membuat
                                       besar daripada orang lain.      perbandingan, sangat pandai!


                                M4  Buih yang saya tiup adalah         Hebat! Anda dapat menjelaskan
                                       lutsinar.                       warna buih.

                                M5  Buih yang saya tiup semakin        Anda seorang budak yang teliti
                                       besar, akhirnya meletup         semasa memerhatikan sesuatu.
                                       “pop” .                         Bagus!







                                                            48
   251   252   253   254   255   256   257   258   259   260   261