Page 11 - EBOOK
P. 11

PERBINCANGAN :
               1.  Bagaimanakah  kepelbagaian  makrofauna  tanah  dari  dua  lokasi  berbeza?  Apakah

                  parameter  yang  anda  ukur  yang  boleh  membantu  anda  untuk  menerangkan
                  perbezaan tersebut?


                               “ Biodiversity can be characterized by (1) species richness, which
                               determines the number of species within an area by giving equal
                               weight to each species, together with (2) species diversity, which
                               counts the species in an area by adjusting for sampling effects
                               and species abundance… ”
                                                                   (Benckiser & Schnell, 2006)


                           Menurut  kenyataan  di  atas,  kepelbagaian  makrofauna  dapat  diukur  melalui
                  penemuan makrofauna tanah daripada spesies yang berbeza di dalam tanah pada lokasi
                  yang  berlainan.  Parameter  yang  digunakan  bagi  mengukur  kepelbagaian  biologi  turut

                  dapat  digunakan  bagi  mengukur  kepelbagaian  makrofauna  di  dalam  tanah  kerana
                  makrofauna  tanah  adalah  merupakan  sebahagian  daripada  unsur  biologi.  Menurut

                  eksperimen  yang  telah  dijalankan,  kepelbagaian  makrofauna  di  dalam  tanah  lokasi  B
                  adalah lebih tinggi berbanding kepelbagaian makrofauna di dalam tanah lokasi A.

                           Terdapat satu spesies kutu kayu dan dua spesies semut di dalam tanah lokasi B

                  manakala  hanya  terdapat  satu  spesies  siput serta  satu  spesies cacing di  dalam  tanah
                  lokasi A. Spesies cacing yang dijumpai adalah spesies cacing tanah manakala spesies
                  kutu yang dijumpai pula adalah merupakan spesies kutu kayu. Spesies semut yang terdiri

                  daripada spesies semut hitam dan spesies semut merah turut dijumpai. Selain spesies
                  semut, spesies siput seperti spesies siput babi turut dijumpai di dalam sampel tanah yang

                  diuji.

                           Kuantiti  makrofauna  per  liter  tanah  yang  ditemui  di  dalam  tanah  lokasi B  juga
                  adalah lebih tinggi berbanding kuantiti makrofauna per liter tanah yang ditemui di dalam

                  tanah lokasi A. Selain mempunyai kuantiti makrofauna yang lebih banyak, tanah dari lokasi
                  B  turut  menunjukkan  ciri-ciri  tanah  yang  kaya  dengan  spesies  makrofauna  apabila
                  mengandungi  tiga  jenis  spesies  makrofauna  yang  berbeza.  Jelaslah  di  sini  bahawa,

                  kepelbagaian  makrofauna  di  dalam  tanah  lokasi  B  adalah  lebih  tinggi  berbanding
                  kepelbagaian makrofauna di dalam tanah lokasi A.













                                                                                                         9
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16