Page 16 - EBOOK
P. 16
Semut, siput serta cacing tanah akan menggunakan 90% daripada tenaga yang
diperoleh untuk menjalankan proses tumbesaran seperti proses respirasi, proses
penghadaman, proses perkumuhan dan sebagainya. Manakala 10% (100 kcal) daripada
tenaga yang diperoleh akan disimpan sebagai tenaga simpanan. Akhirnya, semut, siput
serta cacing tanah akan dimakan oleh burung yang merupakan pemangsa. Burung akan
memperoleh kesemua tenaga simpanan semut, siput serta cacing tanah lalu menggunakan
90% daripada tenaga yang diperoleh untuk menjalankan proses tumbesaran. Burung akan
menyimpan 10% (10 kcal) daripada tenaga yang diperoleh sebagai tenaga simpanan.
5. Apakah yang akan terjadi kepada tenaga dan nutrien apabila organisma pada puncak
rantai makanan mati?
Keseimbangan ekosistem tanah akan terjejas apabila organisma pada puncak
rantaian makanan mati. Kematian organisma pada puncak rantaian makanan akan
meningkatkan kuantiti pengguna tertier yang terdiri daripada cacing tanah, siput dan semut.
Apabila peningkatan kuantiti cacing tanah, siput dan semut berlaku, penurunan kuantiti
nematod akan berlaku kerana telah dimakan oleh cacing tanah, siput dan semut.
Penurunan kuantiti nematod di dalam tanah akan menyebabkan berlakunya peningkatan
kuantiti bakteria seterusnya menurunkan kuantiti bahan organik.
Penurunan kuantiti bahan organik yang bertindak sebagai pembekal utama
tenaga dan nutrien akan menyebabkan bakteria kehilangan sumber makanan.
Hilangannya sumber makanan di sesuatu lokasi akan menyebabkan berlakunya
penurunan kuantiti biota tanah di lokasi tersebut. Hal ini kerana biota tanah akan mati
kerana kekurangan makanan. Selain itu, penurunan kuantiti biota tanah juga akan berlaku
kerana berlakunya proses migrasi biota tanah bagi mengurangkan persaingan untuk
mendapatkan sumber makanan.
14