Page 14 - EBOOK
P. 14

“ They decompose forest litter, recycle nutrients, build soils, and
                               provide  food  and  calcium  for  bird,  amphibians,  reptiles,  small
                               mammals and invertebrates. ”

                                                                          (Osman, 2013, p. 90)


                           Kenyataan di atas menerangkan tentang peranan siput dalam ekosistem tanah.

                  Siput berperanan untuk menguraikan bahan buangan hutan seperti daun gugur serta akar
                  yang  terputus  daripada  tumbuhan  di  dalam  hutan.  Penguraian  bahan  buangan  adalah
                  merupakan salah satu unsur yang penting dalam memastikan kelangsungan hidup biota

                  tanah. Hal ini kerana, bahan organik yang diuraikan akan bertindak sebagai pengeluar di
                  dalam rangkaian makanan tanah. Bahan organik yang diuraikan juga akan menjadi sumber
                  makanan kepada pengguna primer seperti bakteria dan fungi.


                           Selain itu, kutu kayu pula berfungsi untuk menguraikan tumbuhan yang telah mati

                  dengan cepat. Hal ini berlaku kerana tabiat pemakanan kutu kayu yang memakan batang
                  pokok, daun muda dan akar tumbuhan. Apabila proses penguraian tumbuhan mati berlaku
                  dengan  cepat,  bahan  organik  akan  dapat  dihasilkan  dalam  masa  yang  singkat.  Proses

                  penguraian  juga  akan  meningkatkan  pengudaraan  sterusnya  meningkatkan  kualiti
                  pengudaraan di dalam tanah. Menurut (Sutton, 1980) aktiviti kutu kayu di dalam tanah dapat

                  memudahkan proses percampuran bahan organik dengan bahan mineral.


               4.  Pada rajah jaringan makanan yang disediakan, labelkan jenis-jenis biota (contohnya:

                  fungi, nematod dan lain lain), apa yang mereka lakukan (pemangsa, pemakan daun
                  dan lain lain) dan huraikan bagaimana arah aliran tenaga berlaku.






























                                   Rajah 4 Siratan makanan ekosistem tanah yang umum


                                                                                                       12
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19