Page 12 - EBOOK
P. 12
Kepelbagaian Makrofauna Tanah Di Dalam
Tanah Di Lokasi A & Lokasi B
8
7
6
5
4
3
2
1
0
Tanah lokasi A Tanah lokasi B
Cacing tanah Kutu kayu Siput babi Semut hitam Semut merah
GRAF 1 Kepelbagaian makrofauna tanah di dalam tanah lokasi A dan lokasi
B
2. Bolehkah anda cadangkan kenapa terjadinya perbezaan di antara kepelbagaian
makrofauna pada tanah lokasi A dan tanah lokasi B?
Kepelbagaian makrofauna tanah pada sesuatu lokasi adalah bergantung kepada
beberapa faktor seperti suhu tanah, tekstur tanah dan kadar kelembapan tanah. Tanah
daripada lokasi A mengandungi dua spesies makrofauna iaitu spesies cacing tanah dan
spesies siput babi. Hal ini kerana menurut Allman (n.d), habitat spesies cacing tanah
adalah pada tanah yang sejuk dan lembap. Ciri-ciri tanah tersebut ada pada tanah yang
diambil daripada lokasi A. Tahap naungan yang tinggi telah menjadikan tanah di lokasi A
lembap kerana kurang mendapat tenaga haba daripada cahaya matahari.
Tanah daripada lokasi B mengandungi tiga spesies makrofauna iaitu spesies kutu
kayu, spesies semut hitam dan spesies semut merah. Hal ini kerana menurut
Calgaryherald (2012), semut suka akan tanah yang suam dan kering. Ciri-ciri tanah yang
diambil daripada lokasi B adalah menepati ciri-ciri tanah yang sesuai dengan keperluan
spesies semut untuk membina sarang. Tahap naungan tanah lokasi B yang rendah
menyebabkan tanah di lokasi ini menerima lebih banyak tenaga haba daripada cahaya
matahari lalu menyebabkan tanah di lokasi ini menjadi suam serta kering.
10