Page 13 - EBOOK
P. 13
Selain tekstur tanah, kepelbagaian makrofauna di sesuatu lokasi juga turut
dipengaruhi oleh sumber makanan yang terdapat di dalam tanah pada sesuatu lokasi.
Sumber makanan ini dibekalkan oleh pengeluar dan dibekalkan di dalam bentuk bahan
organik seperti daun mati. Sumber makanan untuk makrofauna tanah pada tanah lokasi B
adalah lebih tinggi berbanding tanah lokasi A kerana tanah lokasi B dilitupi dengan rumput.
Menurut (Ashraf, Othman & Ishak, 2018) tanah yang mempunyai daun reput yang
membebaskan kalsium mengandungi lebih banyak makrofauna berbanding tanah yang
mempunyai daun reput yang membebaskan karbon.
Jelaslah di sini bahawa tekstur tanah, suhu tanah, kelembapan tanah serta
sumber makanan makrofauna dapat mempengaruhi kepelbagaian makrofauna tanah di
sesuatu lokasi. Pelbagai jenis spesies makrofauna yang menjadikan tanah sebagai habitat
mereka akan mengambil kira kesesuaian keadaan tanah dengan keperluan hidup mereka.
Antara contoh-contoh yang dapat diperhatikan adalah seperti spesies cacing tanah. Badan
cacing tanah terdiri daripada 80% air dan ia mengalami kehilangan air sebayak 15% pada
setiap hari. Oleh itu cacing tanah perlu tinggal di kawasan yang lembap.
3. Terangkan peranan makrofauna dalam tanah tersebut.
“ Soil macrofauna, such as earthworms, ants, and termites, can
have dramatic effects on soil porosity, creating macropores and
tunnels that allow for preferential flow of water into the soil profile.
”
(Pavao-Zuckerman, 2008, p. 3277)
Berdasarkan kenyataan di atas, makrofauna berperanan untuk mengubah struktur
tanah menjadi lebih berliang. Selain itu, pergerakan makrofauna seperti cacing tanah dan
semut di dalam tanah juga akan menghasilkan terowong yang dapat membentuk saliran
air di dalam tanah. Peranan makrofauna seperti cacing tanah pula adalah untuk
meningkatkan kesuburan tanah dengan mengeluarkan bahan buangan yang terdiri
daripada tanah yang telah dicernakan. Makrofauna seperti semut pula berperanan untuk
memudahkan proses pereputan daun dengan mengoyakkan daun kepada cebisan yang
lebih kecil.
11