Page 21 - buku perkhidmatan guru bimbingan dan kaunseling
P. 21

RASIONAL PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

                 1.  Usaha-usaha  pencegahan  peringkat  awal  persekolahan  dapat  membantu  mengatasi
                    gejala-gejala di peringkat remaja. Oleh itu mengenalpasti masalah di peringkat awal dan
                    mencegahnya begitu perlu daripada berlarutan hingga ke sekolah menengah.

                 2.  Kepentingan sekolah-sekolah rendah sebagai asas pembentukan masa depan murid dari
                    segi  pembangunan  dan  perkembangan  sahsiah  murid,  peningkatan  disiplin  murid,
                    pendidikan kerjaya murid serta psikososial dan kesejahteraan mental murid.

                 3.  Perkhidmatan  bimbingan  dan  kaunseling  dapat  memberi  ruang  kepada  murid  untuk
                    mengenali dan membangunkan diri sendiri.

                 4.  Cabaran masa kini memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkualiti,
                    sistematik dan berkesan.


                 OBJEKTIF PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

                    Objektif perkhidmatan B&K di sekolah adalah:-

                 1.  Guru Bimbingan dan Kaunseling menghayati bahawa memenangi jiwa murid merupakan
                    teras perkhidmatan B&K di sekolah.

                 2.  Perkhidmatan  Bimbingan  dan  Kaunseling  sebagai  perkhidmatan  yang  selesa  dan
                    kondusif  kepada  murid  dalam  menyuarakan  isi  hati  dan  permasalahan  mereka
                    seterusnya dapat membuat keputusan yang wajar dan betul.

                 3.  Guru Bimbingan dan Kaunseling boleh mendahului (win over) jangkaan tindakan-tindakan
                    yang di luar norma sosial dalam kalangan murid-muridnya.

                 4.  Murid  boleh  meneroka  peluang  dan  ruang  kerjaya  yang  sesuai  dengan  minat  dan
                    personaliti mereka.

                 PRINSIP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

                 1.  Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling  adalah proses pendidikan yang terancang dan
                    berterusan.  Murid dididik atau dibimbing untuk mendapat dan mempelajari pengalaman,
                    nilai, sikap, perlakuan dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk
                    di Malaysia.

                 2.  Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk semua murid. Semua murid diberi
                    peluang  bagi  mendapat  pertolongan  tanpa  mengira  latar  belakang,  kaum,  agama  atau
                    kepercayaan.

                 3.  Semua  murid  mempunyai  hak  untuk  mendapatkan  pertolongan  apabila  mereka
                    memerlukannya. Pada ketika tertentu seorang murid mungkin memerlukan pertolongan,
                    sokongan dan bimbingan dalam proses perkembangan dirinya.






                                                            23
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26