Page 26 - buku perkhidmatan guru bimbingan dan kaunseling
P. 26

9.  Guru  Bimbingan  dan  Kaunseling  Sepenuh  Masa  hendaklah  mencapai  persetujuan
                     (kontrak)  dengan  kliennya  diperingkat  awal  sesi  kaunseling  mengenai  batasan  unsur
                     kerahsiaan.

                 10. Persetujuan antara Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dan klien mengenai
                     kerahsiaan boleh disemak semula dan diubah dengan persetujuan bersama.

                 11. Dalam  kes  yang  jelas  terbukti  bahawa  klien  atau  orang  lain  berada  dalam  keadaan
                     bahaya,  Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menggunakan budi
                     bicaranya untuk menjaga kepentingan klien dan orang lain yang terlibat.

                 12. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak digalakkan memberi perkhidmatan
                     kaunseling  kepada  saudara  mara,  kawan  karib,  atau  sesiapa  yang  mempunyai
                     hubungan intim dengannya atau mempunyai hubungan dengan pihak pentadbiran yang
                     membuat penilaian.

                 13. Guru  Bimbingan  dan  Kaunseling  Sepenuh  Masa  tidak  boleh  menghalang  klien  yang
                     hendak menamatkan sesi kaunseling atau ingin bertukar kepada Guru Bimbingan dan
                     Kaunseling Sepenuh Masa yang lain.

                 14. Guru  Bimbingan  dan  Kaunseling  Sepenuh  Masa  hendaklah  memastikan  bahawa
                     kliennya tidak menjalani kaunseling dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh
                     Masa yang lain pada masa yang sama.

                 15. Sekiranya mengikut pertimbangan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa, klien
                     memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya hendaklah merujuk klien
                     tersebut kepada pihak yang berkenaan.

                 16. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menyediakan tempat yang
                     selesa dan sesuai untuk sesi kaunseling.  Klien tidak seharusnya diperhatikan oleh orang
                     luar melainkan dengan kebenarannya, termasuk juga sesi kaunseling yang dirakam.

              B.  Tanggungjawab Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa Terhadap Rakan
                 Profesional
                 1.  Guru  Bimbingan  dan  Kaunseling  Sepenuh  Masa  hendaklah  sentiasa  meningkatkan
                     tahap kecekapan profesionalismenya.

                 2.  Guru  Bimbingan  dan  Kaunseling  Sepenuh  Masa  hendaklah  menunjukkan  sikap
                     menghormati, adil dan terbuka terhadap rakan profesionalnya.

                 3.  Guru  Bimbingan  dan  Kunseling  Sepenuh  Masa  bertanggungjawab  untuk  mencegah,
                     mendedahkan serta memperbetulkan perlakuan rakan  Guru Bimbingan dan Kaunseling
                     Sepenuh Masa yang tidak beretika.

                 4.  Guru  Bimbingan  dan  Kaunseling  Sepenuh  Masa  hendaklah  bersedia  untuk
                     mempertahankan,  membantu  serta  membela  rakan  .  Guru  Bimbingan  dan  Kaunseling
                     Sepenuh  Masa  yang  teraniaya  akibat  tuduhan  dan  tohmahan  perlakuan  yang  tidak
                     beretika.






                                                            28
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31