Page 27 - buku perkhidmatan guru bimbingan dan kaunseling
P. 27
C. Tanggungjawab Guru Bimbingan dan kaunseling Sepenuh Masa terhadap Masyarakat
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memahami dan menghormati
unsur sosio-budaya masyarakat di mana dia berkhidmat.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mematuhi undang-undang
negara dan melaksana tugasannya berlandaskan undang-undang tersebut.
D. Tanggungjawab Terhadap Organisasi Dan Majikan
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mematuhi persetujuan
komitmen yang ditandatangani dengan organisasi tempat dia berkhidmat.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah berusaha mengikuti polisi
dan prosedur serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan
organisasinya.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mencegah berlakunya
diskriminasi dalam organisasi dan dalam pelaksanaan polisi amalan pekerjaan.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak boleh menyalahgunakan
kemudahan dan sumber organisasinya.
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menjelaskan bidang
kepakaran dan tahap kecekapan profesionalnya.
6. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mewujudkan hubungan
interpersonal dan persetujuan kerja dengan penyelia dan stafnya mengenai khidmat
kaunseling khususnya mengenai unsur kerahsiaan, perbezaan antara fakta umum atau
peribadi, beban kerja dan akauntabiliti.
7. Guru Bimbingan dan kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memberitahu kepada pihak
majikan tentang keadaan yang boleh menyebabkan konflik yang boleh merosakkan atau
menyekat keberkesanan perkhidmatannya.
8. Guru Bimbingan dan kaunseling Sepenuh Masa hendaklah membenarkan dirinya dinilai
secara profesional oleh Jemaah Nazir Sekolah dari masa ke masa.
9. Guru Bimbingan dan kaunseling Sepenuh Masa hendaklah bersama-sama
bertanggungjawab ke atas peningkatan kerjaya untuk diri dan stafnya.
E. Tanggungjawab Pentadbir (Pengetua/Guru Besar)
i) Terhadap Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa
1. Memberi taklimat, penerangan dan bimbingan berkaitan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling yang baru dilantik.
2. Berbincang mengenai budaya sekolah, visi dan misi sekolah serta keperluan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang mampu memenuhi kecemerlangan
sekolah keseluruhannya.
29