Page 28 - buku perkhidmatan guru bimbingan dan kaunseling
P. 28

3.  Berbincang  dari  masa  ke  semasa  berhubung  senarai  tugas,  bidang  tugas  dan
                        program yang hendak dijalankan.

                    4.  Membantu dalam proses pembentukan konsep kendiri, keyakinan diri, personaliti dan
                        penampilan diri guru bimbingan dan kaunseling.

                    5.  Memantau dan menilai kemampuan dan penampilan guru bimbingan dan kaunseling
                        dari pandangan semua pihak dari masa ke semasa, dan berusaha meningkatkannya.

                    6.  Memastikan  Guru  Bimbingan  dan  Kaunseling  Sepenuh  Masa  menjalankan
                        perkhidmatannya  berdasarkan  Buku  Panduan  Perkhidmatan  Bimbingan  dan
                        Kaunseling Sekolah Rendah dan Menengah.

                    7.  Melaporkan  segera  pergerakan  guru  bimbingan  dan  kaunseling  ke  Jabatan
                        Pendidikan berdasarkan borang pelaporan yang diberikan. (Rujukan Rekod Laporan
                        Pergerakan)

                    8.  Memastikan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak diberi jadual waktu
                        mengajar  dan  tugas  lain  yang  boleh  menjejaskan  perkhidmatan  bimbingan  dan
                        kaunseling  seperti  Penyelaras  Kokurikulum,  Ketua  Jurulatih  Permainan,  Ketua
                        Penasihat Kelab, Guru Biasiswa dan kerja-kerja perkeranian yang lain.

                    9.  Membantu peningkatan tahap profesionalisme guru bimbingan dan kaunseling.

                    10. Menggalakkan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa menjalankan kajian
                        bagi mengenalpasti keperluan perkhidmatan, punca masalah, strategi kecemerlangan
                        dan data-data terkini mengenai status kes.

                    11. Bagi  sekolah  yang  mempunyai  lebih  seorang  Guru  Bimbingan  dan  Kaunseling
                        Sepenuh Masa, pihak pentadbir hendaklah mengagihkan tugas berpandukan senarai
                        tugas dalam buku panduan. Seorang ketua hendaklah dilantik dalam kalangan Guru
                        Bimbingan  dan  Kaunseling  Sepenuh  Masa  di  sekolah  berkenaan  berdasarkan
                        kekananan atau senioriti.

                  ii)     Terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
                    1.  Membantu  dan  bekerjasama  dalam  usaha  awal  perkhidmatan  bimbingan  dan
                        kaunseling  seperti  penubuhan  jawatankuasa,  pemilihan  bilik,  kemudahan
                        perkhidmatan lain dan perancangan program.

                    2.  Memantau buku rekod perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekurang-kurangnya
                        sekali seminggu seperti guru akademik lain.

                    3.  Membantu usaha mewujudkan sebuah bilik bimbingan dan kaunseling yang kondusif,
                        strategik, teraputik dan memenuhi kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia.

                    4.  Memantau  perkhidmatan  bimbingan  dan  kaunseling  secara  keseluruhannya
                        berdasarkan Instrumen Pemantauan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Sekolah
                        Menengah dan Rendah.






                                                            30
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33