Page 29 - buku perkhidmatan guru bimbingan dan kaunseling
P. 29

5.  Memberikan  sokongan,  kerjasama  dan bantuan  untuk menjalankan  aktiviti  program
                        dan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

                    6.  Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dijalankan secara optimum dan
                        menyeluruh  serta  dapat  menyumbang  ke  arah  kesejahteraan  dan  kecemerlangan
                        sekolah.

                    7.  Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dijalankan berdasarkan senarai
                        tugas, bidang tugas dan tidak melanggar  Kod Etika Kaunseling Sekolah.

                    8.  Memastikan  perkhidmatan  bimbingan  dan  kaunseling  dijalankan  berdasarkan  Buku
                        Panduan Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah dan
                        Menengah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

                    9.  Memastikan  peruntukan  Geran  Perkapita  (PCG)  Bimbingan  dan  Kaunseling
                        digunakan  sepenuhnya  untuk  aktiviti  dan  pengurusan  bimbingan  dan  kaunseling,
                        berasaskan peraturan kewangan sedia ada.

                    ETIKA PENGUKURAN DAN PENILAIAN

                    1.  Guru  Bimbingan  dan  Kaunseling  Sepenuh  Masa  hendaklah  memberi  penerangan
                        yang  lengkap  mengenai  ujian  supaya  keputusan  ujian  itu  dapat  diterima  oleh  klien
                        dalam perspektif yang betul.

                    2.  Guru  Bimbingan  dan  Kaunseling  Sepenuh  Masa  hendaklah  berhati-hati  dari  segi
                        penggunaan ujian. Ujian yang digunakan hendaklah berdasarkan kepada kelayakan
                        dan kemahirannya dari segi pentadbiran dan interpretasi keputusan ujian dan tujuan.
                        Kegunaan  keputusan  ujian  hendaklah  diberitahu  kepada  klien  sebelum  ujian  diberi
                        melainkan  dalam  kes di  mana pengecualian  hak  eksplisit  telah  dipersetujui  terlebih
                        dahulu.

                    3.  Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memberi keterangan yang
                        tepat  apabila  memberi  taklimat  tentang  ujian  dan  pengukuran  kepada  klien  (warga
                        sekolah).

                    4.  Guru  Bimbingan  dan  Kaunseling  Sepenuh  Masa  hendaklah  mengawasi  supaya
                        keputusan ujian tidak disalahfaham atau disalahgunakan.


                    PIAGAM PELANGGAN

                    1.  Menyediakan bilik kaunseling yang kondusif dan teraputik.

                    2.  Menerima semua klien tanpa syarat.

                    3.  Memenuhi temujanji klien.








                                                            31
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34