Page 25 - buku perkhidmatan guru bimbingan dan kaunseling
P. 25

KOD TATALAKU
                 1.  Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menjaga tatalakunya demi
                     memelihara  piawaian  dan  identiti  sebagai  Guru  Bimbingan  dan  Kaunseling  Sepenuh
                     Masa selaras dengan nilai dan integriti profesion perguruan di Malaysia.

                 2.  Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah sentiasa berusaha menilai
                     dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.

                 3.  Guru  Bimbingan  dan  Kaunseling  Sepenuh  Masa  hendaklah  menjalankan  tugasnya
                     dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur selaras dengan profesion kaunseling.

                 4.  Guru  Bimbingan  dan  Kaunseling  Sepenuh  Masa  mestilah  diawasi  serta  dinilai
                     perkhidmatannya  oleh  Jemaah  Nazir  dari  Jabatan  Nazir  Sekolah,  Kementerian
                     Pendidikan Malaysia.

              A.  Tanggungjawab Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa Terhadap Klien
                 1.  Guru  Bimbingan  dan  Kaunseling  Sepenuh  Masa  bertanggungjawab  untuk
                     mengutamakan kepentingan klien, sama ada klien individu atau klien kelompok.

                 2.  Guru  Bimbingan  dan  Kaunseling  Sepenuh  Masa  hendaklah  menghormati  privasi  klien
                     dan merahsiakan  segala maklumat  yang  diperoleh  semasa  sesi  kaunseling  melainkan
                     maklumat yang akan membahayakan klien atau orang-orang dipersekitarannya.

                 3.  Guru    Bimbingan  dan  Kaunseling  Sepenuh  Masa  hendaklah  memahami  dan
                     menghormati latar belakang sosio-budaya klien.

                 4.  Semasa menjalankan sesi kaunseling, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa
                     hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien dan tidak memperalatkan
                     klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada dari segi kewangan, seksual, emosi dan
                     sebagainya.

                 5.  Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah membimbing klien ke arah
                     pembentukan  sikap  bertanggungjawab  terhadap  tingkahlakunya.  Guru  Bimbingan  dan
                     Kaunseling  Sepenuh  Masa  juga  perlu  menghormati  keputusan atau penentuan  kendiri
                     yang dibuat oleh klien.

                 6.  Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah berkhidmat dengan penuh
                     dedikasi, ikhlas, jujur dan membuktikan kemahiran serta kecekapan profesionalismenya.

                 7.  Guru  Bimbingan  dan  Kaunseling  Sepenuh  Masa  tidak  boleh  mengamalkan,
                     mempersetujui atau menggalakkan diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama, status
                     idealogi, kecatatan fizikal, mental atau diskriminasi dalam bentuk apa sekalipun.

                 8.  Guru  Bimbingan dan  Kaunseling  Sepenuh  Masa  hendaklah menjelaskan kepada  klien
                     mengenai keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling.










                                                            27
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30