Page 23 - buku perkhidmatan guru bimbingan dan kaunseling
P. 23
12. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk pengetahuan dan kesepaduan
psikofizikal murid. Ini bermakna murid tidak boleh dilihat sebagai hanya manusia
cognitif. Ia harus dilihat sebagai individu yang mempunyai perasaan, sikap, mental dan
rohani. Sebarang aktiviti dan program bimbingan adalah untuk mewujudkan
kesepaduan ini.
13. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hendaklah dijalankan berdasarkan etika
kaunseling. Mematuhi etika adalah untuk tujuan memelihara kebajikan murid.
PENDEKATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1. Pendekatan Bimbingan dan Kaunseling boleh dibahagikan kepada 4 pendekatan
berikut :
1.1. Pendekatan Pencegahan
Pendekatan ini berasaskan andaian bahawa satu-satu masalah itu
mungkin timbul dan sebelum masalah itu meruncing, usaha dijalankan
untuk menghalangnya. Misalnya, kempen dan pendidikan pencegahan
AIDS dan kem waja diri.
1.2. Pendekatan Perkembangan
Pendekatan ini merupakan satu usaha untuk mengenal pasti keperluan
murid dialam persekolahan supaya mereka dilengkapi dengan
pengetahuan, kemahiran, pengalaman serta akhlak yang mulia. Tugas dan
perlakuan pembelajaran dikenal pasti dan dijelaskan kepada murid.
Kemudian aktiviti bimbingan dirancang untuk melengkapi kurikulum
akademik. Murid diberi peluang untuk belajar mengenali diri mereka dan
orang lain sebelum timbul masalah dalam hidup mereka contohnya
taklimat persediaan menghadapi peperiksaan dan ceramah motivasi.
1.3. Pendekatan Pemulihan
Pendekatan ini memberi fokus kepada kekurangan atau masalah yang
dapat dikenal pasti dari semasa ke semasa. Langkah mengatasi
dijalankan dengan harapan murid mengubah perlakuan untuk
mengelakkan berlaku peristiwa krisis. Misalnya murid ponteng sekolah,
merokok, melawan guru atau berkelahi. Mereka dikumpulkan untuk
mengikuti sesi kaunseling kelompok atau menghadiri sesi kaunseling
individu.
1.4. Pendekatan Krisis
Pendekatan ini mengendalikan kes krisis yang timbul secara mendadak
dan memerlukan perhatian serta tindakan segera dari guru bimbingan dan
kaunseling serta pihak pentadbir sekolah. Misalnya, murid yang bergaduh
di sekolah, mengalami histeria, menangis dengan tiba-tiba, cuba
membunuh diri, menggunakan dadah atau yang sedang mengalami
peristiwa cemas seperti kematian anggota keluarga, penceraian ibu bapa
dan penderaan.
25