Page 22 - buku perkhidmatan guru bimbingan dan kaunseling
P. 22

4.  Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk melayan  keperluan murid bagi
                    perkembangan  potensi  dan  kebolehan  mereka.  Program  bimbingan  dan  kaunseling
                    adalah  untuk  melayan  keperluan  individu  supaya  berkembang  dengan  kadar  optimum
                    mengikut tahap perkembangan dirinya.

                 5.  Perkhidmatan  Bimbingan  dan  Kaunseling  adalah  untuk  menolong  murid  memahami
                    dirinya  dan  orang  lain  dengan  mendalam,  menjelajah  tujuan-tujuan  hidupnya  dan
                    menolong memilih serta merancang hidupnya dengan berkesan.

                 6.  Perkhidmatan  Bimbingan  dan  Kaunseling  berorientasikan  masa  sekarang  dan  masa
                    depan. Usaha-usaha bimbingan dan kaunseling adalah untuk menjadikan murid itu lebih
                    tegas  diri,  pandai  menyesuaikan  diri  dan  memahami  implikasi  tindakannya  sekurang-
                    kurangnya dalam jangka masa panjang.

                 7.  Perkhidmatan  Bimbingan  dan  Kaunseling  menolong  individu  menyedari  kelemahan  diri
                    dan memberi fokus kepada memperkukuhkan lagi kekuatan yang ada padanya melalui
                    aktiviti-aktiviti perkembangan dan pencegahan.

                 8.  Perkhidmatan    Bimbingan  dan  Kaunseling  adalah  tanggungjawab  bersama.    Dalam
                    melaksanakan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling, semua pihak di sekolah
                    iaitu pentadbir, guru bimbingan dan kaunseling, guru-guru lain, ibu bapa dan murid patut
                    bekerjasama dan saling berunding antara satu dengan lain.

                 9.  Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, memerlukan pemahaman yang mendalam dan
                    menyeluruh  mengenai  murid.  Segala  maklumat  mengenai  murid  adalah  perlu  untuk
                    membolehkan  guru  bimbingan  dan  kaunseling  memahami  murid  secara    menyeluruh
                    supaya dapat memberi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang berkesan.

                 10. Setiap individu berbeza dari segi gaya, ketangkasan dan dorongan untuk belajar. Secara
                    amnya cara belajar seseorang itu berbeza mengikut :
                    10.1.  Orientasi Deria
                           Melalui deria sentuhan, penghiduan, penglihatan, pendengaran dan rasa.

                    10.2.  Gerak Balas (Response)
                           Ada individu lebih selesa belajar secara bersendirian, dalam kelompok atau
                           melalui pemerhatian sahaja.

                    10.3.  Corak Pemikiran
                           Cara individu mengumpul dan memproses maklumat untuk mencapai tujuan
                           tertentu.

                 11. Pembentukan  individu  dipengaruhi  oleh  keseluruhan  pengalaman  dalam  alam
                    persekitarannya.  Misalnya  seorang  murid  yang  dibesarkan  di  luar  bandar,  akan  dapat
                    dikesan sebagai berasal dari luar bandar, demikian juga disebaliknya. Oleh itu, bimbingan
                    dan  kaunseling  boleh  merupakan  intervensi  untuk  mengurangkan  perbezaan,tetapi  ini
                    bergantung  kepada  nilai,jangka  masa  dan  di  peringkat  mana  khidmat  itu  dimulakan.
                    Bimbingan dan kaunseling dijalankan supaya individu berkemampuan menyelesaikan diri.








                                                            24
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27