Page 4 - Buku Pengurusan dan Takwim SKLHS 2020 TERKINI
P. 4
Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SKLHS 2020
SKLHS Menjulang Aspitrasi
Alhamdulillah, puji dan bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan izinNya, pihak sekolah
telah dapat merancang dan menyusun Buku Pengurusan dan Takwim Persekolahan SKLHS
tahun 2020 ini dengan jayanya.Buku ini adalah satu dokumentasi yang sangat penting kepada kita
kerana ia berfungsi sebagai rujukan dalam melaksanakan semua aktiviti yang dirancang oleh
pihak sekolah.
Dokumen ini juga menjadi landasan kepada semua program yang akan dilaksanakan
sepanjang tahun 2020 ini. Perancangan yang teliti dan relevan akan menjana kejayaan dan
kecemerlangan sesebuah sekolah. Matlamat dan objektif akan dapat dicapai hasil daripada
perancangan yang bijak dan teratur. Kerjasama dan komitmen daripada semua warga SK FELDA
LOK HENG SELATAN dan komuniti setempat dapat merealisasikan impian menjadi kenyataan.
Bermula dengan muafakat, usaha yang tekun dan sikap taat setia akan membuahkan hasil
yang cukup berkualiti tinggi. Semoga dengan terhasilnya dokumen ini, ianya boleh menjadi
pemangkin bagi menjana ibu bapa prihatin, guru cemerlang, murid gemilang dan sekolah terbilang
selaras dengan visi, misi, moto, objektif dan piagam pelanggan sekolah ini.
Marilah kita bersama hayati tugas-tugas kita untuk menyediakan pendidikan bermutu
secara menyeluruh untuk melahirkan insan yang berwibawa dan bersahsiah mulia berlandaskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kemenjadian 4M (Membaca, Menulis, Mengira, Mana’kul)
Akhir kata, harapan saya untuk tahun 2020 ini, kita bersama mengoptimumkan segala
yang ada pada kita untuk mencapai hasrat dan impian kita serta impian seluruh anak-anak,
ibubapa dan masyarakat di SK Felda Lok Heng Selatan.
” SKFLHS : MENJULANG ASPIRASI ”
” SEHATI MEMPERKASA BANGSA ”
” KERJA BERKUALITI, IBADAH DIHAYATI ”
“ ILTIZAM, ISTIQAMAH, IHSAN ”
...................................
(RAMLI BIN OSMAN)
GURU BESAR
SK FELDA LOK HENG SELATAN
KOTA TINGGI
JOHOR
4