Page 6 - Buku Pengurusan dan Takwim SKLHS 2020 TERKINI
P. 6
Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SKLHS 2020
SKLHS Menjulang Aspitrasi
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
VISI PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
PENDIDIKAN BERKUALITI
• Pemimpin pendidikan dan pendidik berprestasi tinggi.
• Infrastruktur yang lengkap dan selaras dengan keperluan pendidikan semasa.
• Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran.
• Penilaian dan pentaksiran sekolah bertaraf global.
• Perkongsian pintar bersama pihak berkepentingan secara kreatif dan inovatif.
• Pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran bertaraf pendidikan abad 21.
INSAN TERDIDIK
• Modal insan yang mempunyai pencapaian potensi tertinggi, mempunyai minda kelas
pertama dan bertaraf dunia.
• Mempunyai daya juang dan daya saing yang tinggi.
• Mesra pembaharuan.
• Istiqamah dalam melaksanakan tanggungjawab.
• Produk pendidikan yang boleh diterima di pasaran antarabangsa.
• Insan yang mempunyai sahsiah terpuji.
NEGARA SEJAHTERA
• Aman dan makmur
• Kesejahteraan insan.
• Melahirkan warganegara berpendapatan tinggi.
• Mempunyai akses kepada pendidikan tertinggi.
• Kuasa beli yang tinggi.
• Menghayati hakikat kepelbagaian
6