Page 9 - Buku Pengurusan dan Takwim SKLHS 2020 TERKINI
P. 9
Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SKLHS 2020
SKLHS Menjulang Aspitrasi
A. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR
1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kita daripada hal-hal lain.
2. Bersikap adil terhadap setiap pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, sosial,
keturunan dan agama.
3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau matapelajaran yang diajar di bilik
darjah tanpa sebarang bayaran.
5. Menunjukkan satu cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik
kepada pelajar.
6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri
kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-
tingginya.
B. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA
1. Menghormati tanggungjawab utama ibubapa terhadap anak-anak mereka.
2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan dengan
rumahtangga.
3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibubapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai
anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali mereka yang berhak
mengetahuinya.
4. Memberikan maklumat kepada ibubapa demi kepentingan anak-anak mereka dengan menggunakan maklumat
yang diterima daripada ibubapa secara teliti dan bijaksana.
5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibubapa pelajar.
6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaaan
pelajar terhadap ibubapa atau penjaga mereka.
C. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
1. Mengelakkan diri dan menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat
dan negara atau yang bertentangan dengan Rukun Negara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar dan nilai yang boleh membantu dan bertanggungjawab serta berguna,
menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormatinya. Adanya perbezaan kebudayaan, keturunan
dan agama.
3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai
warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dan ibubapa serta institusi pendidikan dengan
masyarakat.
5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan cendikiawan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-
hari dengan baik.
D. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION KEGURUAN
1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik
seseorang guru di hadapan pelajar atau ibubapa atau sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang
guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru.
3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh
mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion.
5. Sentiasa mengawal diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
6. Menjadi ahli pertubuhan pendidikan.
9