Page 7 - Buku Pengurusan dan Takwim SKLHS 2020 TERKINI
P. 7
Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SKLHS 2020
SKLHS Menjulang Aspitrasi
MISI PENDIDIKAN NEGARA
Melestari Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI
Kelangsungan dan penambahbaikan status quo perkhidmatan pendidikan bertaraf dunia.
MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU
• Membangun potensi individu pada setiap peringkat pendidikan.
• Menyediakan pelbagai jurusan pendidikan mengikut potensi dan minat
• Menyediakan keperluan khas bagi golongan yang menghadapi masalah pembelajaran.
MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
• Menjadi negara maju berpendapatan tinggi mengikut acuan sendiri.
• Meletakkan tahap pencapaian pendidikan negara antara kelompok satu pertiga terbaik di dunia
KESIMPULAN
• Pendidikan berkualiti akan menghasilkan warganegara yang baik dan taat kepada penciptanya.
• Insan terdidik mempunyai daya saing dan daya juang yang kental.
• Negara sejahtera diterjemahkan melalui rakyat yang bertoleransi, berakhlak mulia dan makmur
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025
Proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun di mana ;
1. Gelombang 1 (2012-2015)
menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan
tumpuan kepada kemahiran asas.
2. Gelombang 2 (2017-2020)
mempercepatkan penambahbaikan sistem.
3. Gelombang 3 (2021-2025)
ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.
11 ANJAKAN
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025
Adalah:
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.
7