Page 8 - Buku Pengurusan dan Takwim SKLHS 2020 TERKINI
P. 8

Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SKLHS 2020
                                                                                       SKLHS Menjulang Aspitrasi




                                         5 ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA


             AKSES         100% Enrolmen Merentas Semua Peringkat Pendidikan Daripada Prasekolah Hingga Menengah Atas
                           Menjelang Tahun 2020.
             KUALITI       Negara Dalam Kelompok Sepertiga Teratas Dalam Pentaksiran Antarabangsa Seperti Timss Dan
                           Pisa Dalam Tempoh 15 Tahun.
             EKUITI        50% Pengurangan Dalam Jurang Pencapaian (Bandar-Luar Bandar,Sosioekonomi,Gender)
                           Menjelang Tahun 2020.
             PERPADUAN     Sistem Pendidikan Yang Menawarkan Perkongsian Pengalaman Dan Nilai Kepada Kanak-Kanak
                           Dengan Menghargai Kepelbagaian.
             KECEKAPAN     Sistem Yang Memaksimumkan Keberhasilan Murid Mengikut Peruntukan Sedia Ada.



                                                    6 ASPIRASI MURID

             PENGETAHUAN
                           Setiap kanak-kanak akan dapat membaca, menulis dan mengira, menguasai matapelajaran teras
                           seperti  matematik  dan  sanis,  dan  mempunyai  pengetahuan  kukuh  mengenai  Malaysia,  Asia  dan
                           dunia.
             KEMAHIRAN BERFIKIR
                           Setiap  kanak-kanak  akan  belajar  cara  mendapat  pendidikan  sepanjang  hayat,  cara  untuk
                           menghubungkait pelbagai pengetahuan yang berbeza, dan cara untuk mejana pengatahuan baru.
             KEMAHIRAN MEMIMPIN
                           Setiap kanak-kanak akan dapat mencapai potensi diri sepenuhnya melalui peuang bekerja secara
                           kumpulan dan memegang peranan kepimpinana secara formal dan informal.
             KEMAHIRAN DWIBAHASA
                           Setiap  kanak-kanak    pada  tahap  minima,  akan  dapat  menguasai  Bahasa  Maayia  dan  Bahasa
                           Inggeris, dan digalakkan untuk mempelajari bahasa tambahan.
             ETIKA DAN KEROHANIAN
                           Setiap  kanak-kanak  akan  mepunyai  asas  morral  yang  kukuh  untuk  mendepani  pelbagai  cabaran
                           kehidupan dan membantu mereka, dengan berani, membuat keputusan yang tepat.
             IDENTITI NASIONAL
                           Setiap kanak-kanak, tanpa mengira agama, etnik, atau status sosioekonomi, akan merasa bangga
                           dikenali sebagai anak Malaysia.


                                      TATASUSILA  PROFESION  KEGURUAN  MALAYSIA

                    Kami  guru-guru  Malaysia,  yakin  bahawa  tujuan  utama  pendidikan  ialah  berusaha  menuju  ke  arah
             pembentukan  warganegara  yang  berilmu,  taat  setia,  bertanggungjawab  dan  berkebolehan,  menyedari  betapa
             pentingnya  usaha  menuju  ke  arah  kebenaran  dan  ke  arah  pencapaian  hasrat  yang  gemilang  dan  percaya  kepada
             demokrasi, kebebasan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.
                    Melalui    pendidikan,  masyarakat  dapat  membantu  anak  muridnya  memahami  kebudayaan  mereka,
             memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi
             cabaran untuk masa hadapan.
                    Dengan  menyedari  betapa  besarnya  tanggungjawab  membimbing  anak  muda  untuk  mencapai  kemajuan
             sepenuhnya,  maka  dengan  ini  kami  menerima  tatasusila  berikut  sebagai  panduan  untuk  membolehkan  kami
             menyempurnakan profesion kami ke taraf yang setinggi-tingginya.



                                                                                                           8
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13