Page 231 - AJARI HATIKU | AGAR BERSYUKUR & DAMAI | DIYANA TAHIR | EHATI
P. 231

Dan hal yang dimulakan dari benih kasih sayang, akan membuahkan

         kasih sayang juga.





         Namun, sebagai mana yang sahabat semua tahu, mengikut hati itu


         bukan semudah apa yang saya tulis, kan?




         Kerana pada saat emosi dan  kiran terganggu, amatlah sukar untuk


         membuat keputusan dari hati yang penuh kasih sayang.





         Kita semua tahu bahawa dengan memaafkan kita damai, namun

         sakitnya untuk memaafkan? Kita semua tahu dengan mensyukurilah

         kebahagiaan hadir, namun sering juga melihat kekurangan dari apa


         yang ada, kan?




         Kita semua tahu dengan kasih sayang, semua kemarahan dan


         kelukaan boleh tersembuhkan, namun mengapa sukar sekali untuk

         menerima kekurangan diri dan orang lain?





         Mengapa? Mengapa? Mengapa?

         Hati tahu, tapi hakikatnya????


         Pernahkah sahabat bertanya mengapa?




                                                        ∞ ∞ ∞
















                                                          214
   226   227   228   229   230   231   232   233   234   235   236