Page 119 - Z-009-1-2017
P. 119
NO. KOD / CODE NO. Z-009-1:2015-M01/P(2/3) Muka Surat / Page :
Drpd / of : 13
kumpulan kecil bertemu untuk membincangkan isu berkaitan kerja,
menyelesaikan masalah, atau untuk tujuan membina pasukan.
iv) Komunikasi awam juga dikenali sebagai pengucapan awam, dan melibatkan
komunikasi antara seorang penceramah dengan khalayak.Khalayak ini mungkin
terdiri daripada beberapa orang sahaja, atau berjumlah ribuan malah jutaan
pendengar. Matlamat penceramah biasanya untuk memberitahu atau memujuk
khalayak untuk bertindak,membeli atau berfikir mengikut keadaan tertentu.
Misalnya, seorang guru menerangkan tentang kod tatasusila atau peraturan
sekolah di perhimpunan, atau seorang ahli politik membuat ucapan tentang
bagaimana dia akan menangani sesuatu isu untuk memenangi undi. Seorang
eksekutif pula mungkin membuat pembentangan perniagaan untuk mendapatkan
jualan yang tinggi.
v) Komunikasi massa ialah komunikasi yang disebarkan daripada satu sumber
kepada penerima/pendengar yang ramai diseluruh dunia. Biasanya ia berlaku
melalui media seperti filem,radio,video dan televisyen. Saluran moden
komunikasi massa seperti Internet dan blog boleh menjadi sangat berkesan dan
berkuasa kerana maklumat tersebar secara serta-merta.
vi) Komunikasi korporat ialah komunikasi yang berlaku antara ahli dalam
sesebuah organisasi. Perhubungan sesama kumpulan, persidangan bersama
rakan sekerja, perbualan dengan penyelia atau pengurus, memberi penerangan
dan arahan kepada pekerja, temuduga dan membuat pembentangan adalah
antara contoh-contoh komunikasi korporat.
vii) Komunikasi antara budaya adalah komunikasi antara individu yang berbeza
budaya dan etniknya. Dunia semakin menjadi perkampungan global dan setiap
negara mempunyai rakyat dari berbilang kumpulan etnik. Oleh itu, amatlah
penting untuk mengenal pasti perbezaan amalan komunikasi budaya yang
berlainan jika ingin mengekalkan keharmonian dan persefahaman antara budaya
dan bangsa yang pelbagai.
Misalnya, di kebanyakan negara Asia, pelajar-pelajar akan jarang bercanggah
atau tidak bersetuju pendapat dengan guru mereka kerana perbuatan itu
dianggap biadap. Di negara barat pula, ia merupakan suatu yang normal untuk
pelajar-pelajar melibatkan guru mereka dalam perdebatan dan perbincangan.
3