Page 121 - Z-009-1-2017
P. 121

NO. KOD  / CODE NO.           Z-009-1:2015-M01/P(2/3)            Muka Surat / Page :
                                                                               Drpd / of                 :  13

                      c) Temuduga
                      d) Persembahan

                      e) Perbincangan

                      f) Mesyuarat
                      g) Ceramah

                      h) Ucapan
                      i)  Video melalui telefon

                      j)  Persidangan video (gabungan audio dan video)

                      k)  Fail media digital (Podcast, iaitu klip audio yang boleh diakses di internet)
                      l)  Protokol penyuaraan Internet (VOIP), misalnya Skype.


               3.2 Walaupun kebanyakan komunikasi mungkin akan dilakukan secara bertutur, cara ini

               ada kelebihan dan kelemahannya.


                  i) Kelebihan komunikasi oral

                      a)  Wujudnya kefahaman dan ketelusan yang tinggi dalam komunikasi melalui
                          pertuturan kerana ia antara perorangan.

                      b)  Tiada elemen tegar dalam pertuturan. Pertuturan  bersifat fleksibel dan
                          membenarkan perubahan dalam keputusan yang telah diambil.

                      c)  Maklum balas berlaku secara spontan dalam pertuturan. Maka keputusan

                          boleh dibuat tanpa bertangguh.
                      d)  Pertuturan bukan sahaja menjimatkan masa, bahkan wang dan tenaga.

                      e)  Pertuturan ialah cara terbaik untuk  menyelesaikan masalah. Konflik dapat
                          diselesaikan melalui perbincangan.

                      f)  Pertuturan ialah elemen terpenting dalam semangat berpasukan.

                      g)  Pertuturan menggalakkan sikap terbuka dan merangsang semangat sesama
                          pekerja dalam organisasi.

                      h)  Pertuturan merupakan cara terbaik untuk menyampaikan maklumat/hal sulit
                          dan peribadi.



                  ii) Kelemahan/kekangan komunikasi oral
                      a)  Bergantung hanya kepada pertuturan mungkin tidak memadai dalam

                          komunikasi perniagaan kerana ini memerlukan komunikasi yang formal dan
                          terancang.




                                                              5
   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126