Page 126 - Z-009-1-2017
P. 126
NO. KOD / CODE NO. Z-009-1:2015-M01/P(2/3) Muka Surat / Page :
Drpd / of : 13
5.1 Berikut ialah beberapa petua yang akan membolehkan anda menyampaikan idea
dengan jelas:
i) Bahasa yang mudah difahami
Ingatlah bahawa bahasa percakapan seharian boleh mengelirukan orang
lain.Gunakan bahasa yang lebih mudah difahami pendengar.
ii) IIlustrasi
Kajiselidik telah membuktikan bahawa lebih 60% orang ramai cenderung
memahami maklumat dengan lebih berkesan jika maklumat ini disampaikan dalam
bentuk visual. Ilustrasi boleh menarik perhatian pendengar.
iii) Idea yang tersusun
Idea yang tersusun akan membolehkan pendengar kekal pada tahap yang sama
kerana mereka gemar pada idea yang jelas dan tersusun.
iv) Fokuskan perbincangan kepada perkara utama
Bincangkan perkara yang difikirkan paling penting dan jangan bebankan
pendengar dengan maklumat yang tidak perlu.
v) Ringkaskan
Rumusan anda akan menjelaskan maksud anda, dan pendengar akan berupaya
mengekalkan maklumat yang telah diberikan.
6. Kesedaran Budaya
Sensitiviti budaya bermula dengan pemahaman bahawa terdapat perbezaan antara
budaya. Kita perlu mengakui kenyataan bahawa wujudnya perbezaan serta persamaan
budaya tanpa menilai perbezaan budaya tersebut (iaitu, mana satu yang lebih baik atau
lebih buruk, betul atau salah).
6.1 Mewujudkan kepekaan dan pemahaman tentang kumpulan etnik yang berbeza
biasanya melibatkan perubahan sikap dalaman dan nilai-nilai seseorang. Membina
kesedaran dan kepekaan memerlukan sifat keterbukaan dan fleksibiliti ketika berhubung
dengan orang lain.
6.2 Perlu membiasakan diri dengan ciri-ciri budaya tertentu, sejarah, nilai murni, sistem
kepercayaan dan tingkah laku ahli-ahli kumpulan etnik yang lain. Kita tidak boleh belajar
segala-galanya tentang budaya lain tetapi kita boleh memupuk kesedaran budaya kita.
10