Page 123 - Z-009-1-2017
P. 123

NO. KOD  / CODE NO.           Z-009-1:2015-M01/P(2/3)            Muka Surat / Page :
                                                                               Drpd / of                 :  13

                      ii)  Menyampaikan maklumat mengenai keadaan emosi seseorang.
                      iii)  Menentukan atau mengukuhkan hubungan antara beberapa orang.

                      iv)  Memberi maklum balas kepada seseorang.

                      v)  Mengawal aliran komunikasi, contohnya dengan isyarat kepada orang lain
                          bahawa mereka telah selesai berbicara atau ingin mengatakan sesuatu.



                                          Membela diri       Angkuh            Jengkel











                                     Sakit hati   Gembira       Bingung         Risau












                                                   Rajah 1 Bahasa gerak-geri


               4.2 Mentafsir bahasa gerak-geri dan isyarat  tidak selalunya mudah.Cara komunikasi
               dipengaruhi oleh konteks ketika ia berlaku.Sebagai contoh,anggukan kepala antara

               rakan-rakan sekerja dalam mesyuarat mungkin membawa sesuatu maksud tertentu.
               Akan tetapi, isyarat yang sama mungkin membawa maksud yang berbeza apabila

               digunakan dalam menyapa seseorang yang kita kenal ketika melihatnya di seberang bilik

               yang sesak.Lebih rumit lagi, biasanya tidak  mungkin untuk mentafsir isyarat atau
               ungkapan dengan tepat tanpa mengetahui konteksnya. Budaya juga memainkan

               peranan yang penting dalam mentafsirkan bahasa gerak-geri dan gerak isyarat.


               4.3    Bahasa gerak-geri ada yang positif dan ada yang negatif, bergantung postur, iaitu

               kedudukan atau posisi badan kita.


               4.4 Bahasa gerak-geri positif disampaikan melalui postur ‘terbuka’, manakala bahasa
               gerak-geri negatif disampaikan melalui postur ‘tertutup’. Kedua-dua jenis kedudukan

               badan ini boleh mencerminkan tahap keyakinan dan status seseorang, serta
               keterbukaannya terhadap orang lain.


                                                              7
   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127   128