Page 120 - Z-009-1-2017
P. 120

NO. KOD  / CODE NO.           Z-009-1:2015-M01/P(2/3)            Muka Surat / Page :
                                                                               Drpd / of                 :  13

                        Mengenali dan menghormati amalan komunikasi budaya bangsa yang berbeza
                        sangatlah penting.




            2. Bahasa dan Format yang Sesuai

               Untuk menghasilkan komunikasi berkesan, perlu mengambil kira khalayak yang menjadi
               sasaran. Di tempat kerja,  harus sentiasa memastikan supaya menggunakan bentuk

               bahasa yang sesuai ketika berkomunikasi.  Pastikan sentiasa bertutur dengan sopan

               untuk memupuk persefahaman dengan semua orang dalam apa jua bentuk komunikasi.


               2.1    Bertutur dalam bentuk yang ringkas jika boleh. Elakkan bercakap dengan panjang
               lebar atau menggunakan kata-kata yang sukar dan tidak perlu. Gunakan ungkapan yang

               jelas untuk mengelakkan sukar difahami.


               2.2    Gunakan format yang sesuai. Setiap  organisasi menggunakan bentuk sapaan,

               atau ungkapan tertentu, atau menganggap sesetengah bentuk komunikasi lebih sesuai
               daripada bentuk lain untuk tujuan tertentu. Pelajarilah cara menggunakan format-format

               ini dengan betul.


               3. Kaedah Asas Komunikasi


               Pelbagai kaedah komunikasi boleh digunakan bergantung pada situasi tertentu.

               Sesetengah bentuk komunikasi berguna dan sesuai digunakan  dalam sesuatu situasi,
               tetapi tidak semestinya dianggap sesuai dan beretika dalam situasi yang lain. Sebagai

               contoh, apabila seseorang pekerja ingin  melaporkan kepada ketuanya, dia perlu

               memberikan laporan menggunakan format dan tatabahasa yang formal serta data yang
               realistik. Tidak profesional sekiranya membuat nota di halaman  Facebook ketuanya,

               kerana  Facebook  ialah media sosial yang tidak formal dan tidak sesuai untuk
               perbincangan rasmi. Semasa bekerja, amat penting bagi kita menggunakan kaedah

               komunikasi yang sesuai pada setiap masa.


               3.1 Kaedah komunikasi oral

               i) Komunikasi oral atau secara pertuturan boleh dibuat melalui media berikut:
                      a) Perbualan bersemuka

                      b) Perbualan telefon

                                                              4
   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125