Page 122 - Z-009-1-2017
P. 122
NO. KOD / CODE NO. Z-009-1:2015-M01/P(2/3) Muka Surat / Page :
Drpd / of : 13
b) Pertuturan kurang boleh dipercayai daripada komunikasi bertulis kerana ia
lebih bersifat tidak formal dan kurang tersusun.
c) Pertuturan dalam interaksi harian menjimatkan masa, tetapi dalam mesyuarat,
ucapan yang panjang mengambil masa dan ada kalanya tidak produktif.
d) Pertuturan tidak mudah dikekalkan dan berubah-ubah sifatnya.
e) Kemungkinan timbul salah faham jika maklumat yang diperlukan tidak lengkap.
f) Memerlukan perhatian dan sikap terbuka penerima atau khalayak.
g) Pertuturan (seperti ucapan) tidak sah digunakan sebagai rekod undang-
undang kecuali dalam kerja penyiasatan.
3.3 Komunikasi bertulis
Bentuk bertulis lebih sesuai digunakan apabila maklumat terperinci perlu disediakan,
seperti maklumat angka dan fakta. Jenis komunikasi bertulis di tempat kerja adalah
seperti berikut:
i) Surat
ii) Pekeliling
iii) Memo
iv) Notis
v) Laporan
vi) Minit mesyuarat
vii) E-mel
4. Bahasa Gerak-Geri dan Gerak Isyarat
Senyuman, gerak isyarat dan pergerakan badan tertentu menghantar mesej kepada
orang di sekeliling anda. Inilah yang dinamakan bahasa gerak-geri. Bahasa gerak-geri
akan mempengaruhi pandangan orang lain tentang kita. Begitu juga pandangan kita
sendiri tentang orang lain atau ‘angin’ (mood) mereka akan dipengaruhi oleh bahasa
gerak-geri mereka.
4.1 Bahasa gerak-geri dan gerak isyarat boleh memberi petunjuk dan maklumat
tambahan dan makna melebihi pertuturan.Ia boleh:
i) Mengukuhkan atau mengubah suai apa yang dikatakan.Sebagai contoh, orang
mungkin mengangguk kepala mereka apabila berkata "Ya" untuk menekankan
bahawa mereka bersetuju dengan orang lain.
6