Page 15 - MAJALAH SRI JELASIN 2024
P. 15
KATA ALU-ALUAN KETUA
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
KOTA BHARU
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Malaysia Madani.
Setinggi-tinggi tahniah dan Syabas saya dedikasikan kepada semua Sidang Redaksi
majalah Sri Jelasin SMK Kota di atas penerbitan majalah bagi edisi ke-39 kerana berjaya
menyempurnakan penerbitan majalah sekolah yang padat dengan informasi. Terima
kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan amanat saya di
dalam majalah Sri Jelasin bagi edisi ke-39 ini. Saya menghargai usaha-usaha murni ini.
Semua warga sekolah memainkan peranan yang penting dalam menggalas misi dan visi
Kementerian Pendidikan Malaysia selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025,serta menyediakan Pendidikan
terbaik untuk warisan generasi akan datang,generasi yang kita harapkan adalah ‘Anak
yang Baik lagi Cerdik’(ABC) dengan teras yang utuh seperti keteguhan Rohani,
keterampilan diri, sahsiah terpuji dan Kemantapan jati diri selain kecemerlangan kognitif
dan psikomotor.
Saya percaya semua warga SMK Kota mampu merelialisasikannya dengan cemerlang
di samping gemilang dalam semua bidang. Semoga semua pelajar mempunyai jati diri
yang mampan dan mampu menjadi modal insan yang terbilang.Diharap warga pendidik
pula tidak pernah merasa jemu untuk membimbing dan menyalurkan pengetahuan yang
cukup sempurna kepada anak-anak bangsa kita dalam menghadapi cabaran akan
datang.
HAJI SAIPUL BAHRI BIN AB MANAF a.s.k
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu,
Jalan Telipot, Kota Bahru Kelantan.
13