Page 18 - MAJALAH SRI JELASIN 2024
P. 18

KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


                  MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR


                                        SMK KOTA


                PENGERUSI
                MAJLIS PEWAKILAN PELAJAR TINGKATAN ENAM

                SMK KOTA


                Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh


                Syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurnianya, telah memberikan saya
                peluang memberi sepatah dua kata dalam majalah sekolah smk kota. Sekalung
                tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua ahli sidang redaksi yang telah
                bertungkus lumus menghasilkan majalah sekolah pada tahun ini. Tidak lupa juga kepada
                warga SMK Kota yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung


                Tanpa disedari, tahun 2023 telah sampai ke penghujungnya. Sepanjang menuntut ilmu,
                terlalu banyak ilmu yang dikutip yang telah membentuk saya supaya menjadi seorang
                pelajar  yang  berdisiplin  dan  berketerampilan  dam  semua  aspek  samada  fizikal  atau
                mental, terutamanya tugasan sebagai pengerusi majlis pewakilan pelajar tingkatan enam

                amatlah  mencabar  kerana  kematangan  dan  kesabaran  yang  tinggi  amat  diperlukan
                untuk menghadapi pelbagai situasi yang mencabar. Terima kasih kepada pihak sekolah ,
                guru-guru yang telah memberikan saya tunjuk ajar dan pengalaman yang komited dan
                Amanah terhadap tugas yang diberikan. Setinggi-tinggi penghargaan buat semua guru di
                smk kota terutamanyan guru- guru tingkatan enam.


                Kepada  semua  warga  SMK  Kota  terutamanya  calon  stpm  2023/2024,  berusahalah
                bersungguh-sungguh  kerana  setiap  usaha  yang  berterusan  insyAllah  akan  diberikan
                ganjaran yang setimpal denganya. Dengan penuh rasa rendah diri, saya mewakili saya
                mewakili  suara-suara  pelajar  pusat  tingkatan  enam  tahun  2022/2023  ingin  memohon
                maaf andai kata ada tersilap bahasa, telanjur kata dan menguris hati guru-guru. Semoga
                visi dan misi sekolah kita dapat dilaksanakan agar dapat melahirkan modal insan kelas
                pertama pada masa akan datang


                Sesungguhnya  Allah  tidak  akan  mengubah  Nasib  seseorang  itu  melainkan  mereka
                menentukanya  sendiri.  Akhir  kalam,  sentiasalah  menghormati  guru  dan  tuntutlah  ilmu
                kerana Allah. Semoga SMK Kota bersama-sama menjana kegemilangan.



                Sekian, terima kasih


                MOHAMMAD SYAFIQ SAYFIZA BIN MOHD AZHAR
                Pengerusi Majlis Pewakilan Pelajar Tingkatan Enam
                                                                                                             16
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23