Page 19 - MAJALAH SRI JELASIN 2024
P. 19
KATA ALU-ALUAN
KETUA PELAJAR SMK KOTA
Assalamualaikum,
Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani saya ucapkan kepada semua pembaca majalah
sekolah SMK Kota. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada ahli-ahli sidang redaksi kerana
menjayakan hasrat pihak sekolah untuk menerbitkan sebuah majalah sekolah yang sangat
bermakna ini. Seterusnya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana memberi peluang
kepada saya selaku ketua pelajar SMK Kota bagi menukilkan kata-kata untuk diabadikan dalam
majalah ini.
Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pentadbir
dan warga pendidik SMK Kota kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk menggalas
jawatan sebagai Ketua Pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Kota bagi sesi 2023.
Semestinya, segala tunjuk ajar dan kerjasama yang diberikan oleh Barisan Pengawas dan
seluruh warga Kota amat saya hargai.
Sebagai seorang murid juga, semestinya tugas utama saya adalah untuk menimba ilmu. Bagi
saya, ilmu merupakan satu elemen yang sangat penting dalam melahirkan bangsa yang
bertamadun tinggi serta dalam usaha untuk mewujudkan negara yang maju. Oleh itu,
keseimbangan antara ilmu pengetahuan dalam pelbagai aspek amat mustahak bagi mencapai
aspirasi negara. “Knowledge is the key to unlock the golden door of your dreams, so seek it,
embrace it and never let go of it”.
Bagi mengakhiri coretan ringkas ini, saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran kerana dapat
menuntut ilmu daripada warga pendidik yang sangat hebat di SMK Kota. Dengan ini diharapkan
agar semua pelajar dapat memanfaatkan segala peluang yang ada untuk menimba ilmu kerana
pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Go Go Kota, Kita Kotakan!
“Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya”
USAHA, JAYA, MULIA.
Sekian, terima kasih
MUHAMMAD SYAHMI HAZIQ BIN SHAIFUL HAIZAN
Ketua Pengawas SMK Kota 2023
17