Page 16 - MAJALAH SRI JELASIN 2024
P. 16

KATA ALU-ALUAN PENGETUA


                                          SMK KOTA







          Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Sejahtera dan Salam Malaysia
          Madani.
          Bismillahirrahmanirrahim…


           Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana saya diberi
          kesempatan untuk menukilkan sepatah dua kata untuk Majalah SRI JELASIN Edisi ke- 39 tahun
          2023. Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada sidang redaksi kerana berjaya
          menerbitkan Majalah SRI JELASIN yang sangat bermakna kepada warga sekolah khususnya.

          Pelbagai usaha telah diambil oleh pihak sekolah dalam mengukir kejayaan sama ada dalam bidang
          kurikulum, kokurikulum mahupun sahsiah dan jati diri pelajar. Kejayaan yang dicapai oleh SMK
          Kota bukanlah hasil usaha individu tertentu tetapi hasil kerja sepasukan yang jitu daripada semua
          warga SMK Kota, ibu bapa,staf sokongan dan agensi-agensi yang berkaitan.


          Kejayaan yang digapai pula bukanlah sesuatu yang datang bergolek tetapi hasil daripada
          perancangan, kepimpinan, organisasi tersusun dan pemantauan yang berterusan. Budaya kerja
          sekolah amat mementingkan pengurusan kerja strategik dan berjalan atas landasan ke arah
          matlamat yang sama. Sehubungan itu , warga SMK Kota perlu terus berkolaborasi Bagai Aur
          dengan Tebing agar sekolah sentiasa dapat menjana kejayaan untuk semua pelajar dalam pelbagai
          bidang.


          Tiada kata secantik bahasa untuk menyusun kata-kata, tiada gambar secantik lukisan untuk saya
          gambarkan perasaan. Dengan ingatan tulus Ikhlas , saya berdoa semoga kita semua sentiasa

          diberkati dan memperoleh kekuatan untuk melaksanakan tugas serta tanggungjawab dalam
          merealisasikan kejayaan anak didik dengan penuh Ikhlas,iltizam dan komitmen.


          Akhir kalam,semoga warga SMK Kota sentiasa beroleh keberkatan daripada Allah untuk terus
          berusaha dan mencapai kecemerlangan dalam persada Pendidikan negara.
          Sekian, terima kasih



          ROSEMAWATI BINTI IBRAHIM
          Pengetua
          Sekolah Menengah Kebangsaan Kota
          Kota Bharu, Kelantan.
          #gogogokotakitakotakan


                                                                                                             14
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21