Page 17 - MAJALAH SRI JELASIN 2024
P. 17

KATA ALU-ALUAN YDP PIBG


                                          SMK KOTA






               Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
               Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, Majalah Sri Jelasin kali ke-ini
               dapat juga diterbitkan pada tahun ini secara digital. Jutaan terima kasih saya ucapkan
               kerana  memberi  peluang  kepada  saya  untuk  mencoretkan  sepatah  dua  kata  sebagai
               cetusan paradigma buat semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Kota. Sekalung
               tahniah  dan  syabas  kepada  Sidang  Redaksi  SMK  Kota  dan  semua  yang  terlibat  atas
               kegigihan menghasilkan majalah ini dengan jayanya.
               Kemunculan  majalah  ini  walaupun  secara  digital  amat  dinanti-nantikan  oleh  seluruh
               warga  sekolah.  Naskhah  bersejarah  ini  menggambarkan  wajah  kejayaan  SMK  Kota
               sepanjang  tahun  2023  sama  ada  dari  segi  kurikulum,  kokurikulum  mahupun  sahsiah
               pelajar. Di samping itu, naskhah ini merupakan satu lapangan atau landasan buat para
               pelajar untuk mengasah dan mengetengahkan bakat mereka dalam memaparkan idea-
               idea  yang  bernas  dan  kreatif.  Satu  kenyataan  yang  jelas  terpapar  adalah  semangat
               kerjasama  dan  komitmen  warga  sekolah  yang  dipertontonkan  bagi  mencerminkan
               gambaran menyeluruh tentang aktiviti dan kejayaan SMK Kota tahun ini.
               Dalam  melahirkan  modal  insan  kelas  minda  pertama  yang  kreatif  dan  inovatif,  semua
               pihak  termasuk  Persatuan  Ibu  Bapa  dan  Guru  (PIBG)  sekolah  sangat  memainkan

               peranan  dalam  menjayakan  prasarana  sekolah.  Mudah-mudahan  impian  kita  sebagai
               ibu  bapa  untuk  melihat  anak  kita  berjaya  menjadi  insan  cemerlang  tercapai  selaras
               dengan segala visi, misi, dan aspirasi sekolah seiring dengan aspirasi negara. Oleh itu,
               saya  selaku  YDP  PIBG  amat  berharap  agar  kita  sebagai  ibu  bapa  dapat  memberi
               sokongan  terhadap  program-program  yang  dianjurkan  oleh  pihak  sekolah,  sama  ada
               dari segi tenaga, masa mahupun wang ringgit. Niatkanlah sumbangan-sumbangan yang
               diberi sebagai satu sedekah jariah yang memberikan ganjaran buat kita semua di alam
               abadi di sana.
               Akhir  kata,  saya  ingin  melafazkan  ucapan  setinggi-tinggi  penghargaan  kepada  guru-
               guru,  pelajar  dan  ibu  bapa  atas  sokongan  dan  kerjasama  anda  bagi  memartabatkan
               nama  Sekolah  Menengah  Kebangsaan  Kota.  Semoga  terus  berjaya  dalam  segala
               bidang.
               Sekian, terima kasih.
               Wassalam.



               TUAN HJ. NIK MOHAMED NOOR BIN NIK ISHAK
               YDP PIBG
               Sekolah Menengah Kebangsaan Kota


                                                                                                             15
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22