Page 20 - MAJALAH SRI JELASIN 2024
P. 20
KATA ALU-ALUAN
KETUA EDITOR SMK KOTA
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,
Bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan izin dan limpah kurniaNya dapat kita saksikan sebuah
penerbitan majalah sekolah yang menjadi kebanggaan warga SMK KOTA iaitu MAJALAH SMK
KOTA 2023.Sekalung penghargaan,penghormatan dan tahniah diberikan kepada guru penasihat
dan badan sidang redaksi 2023 atas berkat dan usaha dan perkhidmatan yang tidak mengenal
erti jemu dan penat dalam menyiapkan wadah yang cukup bermakna bagi seluruh warga SMK
KOTA majalah 2023 ini turut menjadi medium bagi para pelajar menyerlahkan dan mengasah
bakat mereka yang sememangnya terpendam lama. Di majalah ini jugalah tercatanya segala
coretan suka dan duka para pelajar untuk dijadikan kenang-kenangan terutamanya bagi pelajar
tingkatan 5 yang akan meninggalkan SMK KOTA yang tercinta.
Penghasilan majalah 2023 bukan sahaja merekodkan hari-hari di SMK KOTA bahkan
merakamkan kecemerlangan sekolah dalam pelbagai sudut,baik kurikulum mahupun
kokurikulum.Oleh itu,kejayaan demi kejayaan telah ditempuh oleh pelajar SMK KOTA turut
dimuatkan untuk tatapan semua.
Saya sebagai Ketua Editor majalah 2023, saya mewakili sidang redaksi ingin memohon maaf
jika terdapat kelemahan dan kekurangan dalam penghasilan majalah ini.Sesungguhnya segala
yang baik datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada diri saya
sendiri.Sesungguhnya kami telah memerah kudrat agar majalah 2023 akan tetap tersemat dihati
warga SMK KOTA.
Semoga dengan penghasilan majalah ini,semua kenangan dan memori indah bersama SMK
KOTA.Semoga dengan penghasilan majalah ini,semua kenangan dan memori indah bersama
SMK KOTA dapat dipotretkan untuk tatapan pada masa akan datang.
Sekian Terima Kasih,
MUHAMMAD HAZIM BIN AZMAN
Ketua Editor 2023
18