Page 189 - ANUGERAH GURU INOVATIF: INDIVIDU SEKOLAH RENDAH (NURUL NADIA)
P. 189
ABSTRAK
Inovasi ini bertujuan untuk membantu murid -murid yang lemah penguasaan sifir dalam
menangani masalah penguasaan fakta asas dalam matematik. Masalah dikenalpasti semasa
murid tahap dua terutama murid tahun enam masih mengalami masalah untuk menjawab soalan
mudah berkaitan sifir dan apabila ditanya secara spontan.Kajian ini telah di uji kepada murid tahap
dua iaitu seramai 30 orang murid dengan pelbagai aras penguasaan matematik yang melibatkan
tiga aras keupayaan murid dalam matematik iaitu lemah, sederhana dan baik. Data dikumpul
melalui ujian pra dan ujian pasca dan dianalisis menggunakan Microsoft Excel. Data yang
dianalisis adalah jumlah skor, jumlah markah dan gred ujian pra dan pasca, purata (min)skor dan
purata (min) markah, nilai maksima dan nilai minima bagi skor,markah dan masa. Terdapat juga
dapatan lain seperti perbezaan masa serta perbezaan skor, perbezaan markah ujian pra dan
pasca. Terdapat tiga item di dalam kaedah inovasi Sifir Sempoi Smart Kit ini yang bersesuaian
digunakan untuk belajar secara kendiri, berpasangan atau berkumpulan malah dapat digunakan
secara atas talian di mana dapat di muat turun di dalam peranti mudah alih secara aplikasi Android
atau IOS. Kaedah inovasi ini juga mempunyai elemen merentas kurikulum bagi matapelajaran
Bahasa Inggeris untuk murid Dual Language Programme, Pendidikan Jasmani, TMK serta
menerapkan elemen KBAT secara tidak langsung. Dapatan kajian ini menunjukkan perbezaan
data skor dan markah ujian pasca dan ujian pra yang positif. Terdapat juga peningkatan yang
ketara selain mengurangkan masa menjawab soalan darab. Ini menunjukkan kaedah inovasi yang
diperkenalkan dapat membantu dalam meningkatkan penguasaan sifir murid tanpa perlu
menghafal dan lebih baik daripada kaedah konvensional hafalan.
Kata Kunci: Inovasi, Sifir, Darab
ii