Page 194 - ANUGERAH GURU INOVATIF: INDIVIDU SEKOLAH RENDAH (NURUL NADIA)
P. 194

Berdasarkan rajah 1 diatas menunjukkan carta alir metodologi untuk melihat keberkesanan
            kaedah inovasi yang telah dihasilkan . Di mana pada minggu pertama, pemerhatian awal dan

            temubual terus telah dijalankan. Pada minggu kedua pula pelaksanaan ujian pra selama 30
            minit menggunakan set soalan sifir 50 soalan. Pada minggu ketiga, data dicatatkan, dikumpul

            dan dianalisa skor, markah, gred dan masa serta pengenalan kepada kaedah inovasi Sifir
            Sempoi Smart Kit dengan tiga item belajar kendiri, berpasangan atau kumpulan dan aplikasi
            atas talian. Pelaksanaan ujian pasca selama 30 minit menggunakan set soalan sifir 50 soalan

            dilaksanakan dalam minggu empat. Minggu kelima pula, analisis data, ujian pra dan ujian pasca
            serta analisis dokumen dilaksanakan.



            Pemerhatian awal dan temubual secara terus serta spontan.
            Pengkaji memilih peserta kajian berdasarkan pemerhatian awal semasa pentaksiran awal
            tahun. Pemilihan awal dibuat dengan melakukan temubual terus kepada murid tentang

            bilangan sifir yang telah dikuasai dan berdasarkan pemerhatian terhadap latihan yang
            dilakukan oleh murid serta pertanyaan soalan sifir secara rawak sebelum kelas dimulakan.



            Kaedah Pengumpulan Data Melalui Ujian Pra dan Pasca


            Ujian pra dan pasca yang digunakan dalam kajian ini dilaksanakan secara formatif untuk
            menjawab persoalan kajian. Ujian pra digunakan untuk merekodkan pencapaian murid

            sebelum kaedah inovasi diperkenalkan. Ujian pasca pula dijalankan untuk mendapatkan
            maklumat pencapaian murid selepas kaedah inovasi Sifir Sempoi Smart Kit dilaksanakan.

            Sekiranya ujian pasca menunjukkan peningkatan yang positif dan lebih baik berbanding ujian
            pra, maka kaedah intervensi tersebut memberikan impak positif terhadap kajian ini. Kedua-dua
            set soalan ujian pra dan pasca adalah sama atau pun setara untuk membolehkan perbandingan

            dibuat. Suasana bagi kedua-dua ujian ini juga tidak jauh berbeza. Ujian pra dan pasca
            memberikan maklumat dalam bentuk skor, markah, gred dan masa. Analisis skor dan markah

            ini akan memberikan bilangan jawapan yang tepat, peratus dan purata (min) pencapaian
            peserta kajian dalam penguasaan sifir. Justeru, keputusan yang diperoleh menjadi satu
            indikator yang baik tentang pencapaian para peserta kajian. Berikut merupakan formula

            pengiraan markah yang diperolehi dalam peratus %.
            Pengiraan markah: Bilangan skor yang diperolehi   x 100% =
                               Bilangan kesemua skor soalan







                                                                                                      4
   189   190   191   192   193   194   195   196   197   198   199