Page 193 - ANUGERAH GURU INOVATIF: INDIVIDU SEKOLAH RENDAH (NURUL NADIA)
P. 193

Terdapat tiga item di dalam Inovasi Sifir Sempoi Smart Kit ini yang dapat digunakan
             untuk belajar secara kendiri, berpasangan atau berkumpulan dan digunakan secara
             atas talian di mana boleh di muat turun ke peranti mudah alih secara aplikasi yang

             dapat menyokong Android dan IOS. (rujuk appendix untuk cara penggunaan kaedah
             inovasi dan hasil kerja murid selepas penggunaan Kaedah Sifir Sempoi Smart Kit)



         6.0 KUMPULAN SASARAN



                 Dalam kajian ini saya telah memilih seramai 30 orang peserta kajian yang terdiri
             daripada murid-murid tahap 2 daripada kelas tahun 4, 5 dan 6 yang dipilih secara

             rawak. Peserta kajian merupakan anak murid saya sendiri. Kajian ini dijalankan kepada
             murid – murid saya yang menjalankan PdPR di kediaman masing – masing. Saya
             melakukan pemilihan berdasarkan analisis pentaksiran bilik darjah awal tahun di mana

             10 orang murid tahun 4 hingga 6 yang tidak menghafal dan menguasai sifir darab
             langsung, 10 orang murid tahun 4 hingga 6 yang hanya menghafal dan menguasai sifir
             darab hanya beberapa sifir sahaja dan 10 orang murid tahun 4 hingga 6 yang telah

             menghafal dan menguasai kesemua sifir. Pemilihan dibuat dengan melakukan
             temubual terus kepada murid serta berdasarkan pemerhatian terhadap latihan yang
             dilakukan oleh murid serta pertanyaan soalan sifir darab secara rawak sebelum kelas

             dimulakan. Bagi memperoleh data yang terkini saya telah memanggil murid yang sama
             sekali lagi untuk melakukan ujian pasca bagi memperoleh keputusan yang lebih terkini.



         7.0 LATAR BELAKANG


















                                         Rajah 1: Carta Alir Metodologi










                                                                                                       3
   188   189   190   191   192   193   194   195   196   197   198