Page 191 - ANUGERAH GURU INOVATIF: INDIVIDU SEKOLAH RENDAH (NURUL NADIA)
P. 191
1.0 NAMA CALON
Nurul Nadia Binti Ismail
2.0 NAMA INSTITUSI
SK Methodist Parit Buntar
3.0 TAJUK INOVASI
Sifir Sempoi Smart Kit : Membantu meningkatkan penguasaan sifir darab murid dengan
lebih mudah dan cepat.
4.0 OBJEKTIF INOVASI
Dengan menggunakan alat bantu ‘Sifir Sempoi Smart Kit’ ini, masalah yang dihadapi
oleh murid untuk membantu murid -murid yang lemah penguasaan sifir darab dalam
menangani masalah penguasaan fakta asas khususnya darab dalam matematik. Secara
khususnya, objektif inovasi Sifir Sempoi Smart Kit ini adalah untuk:
I. membantu meningkatkan penguasaan sifir darab murid dengan lebih mudah dan cepat.
II. mengurangkan masa menjawab soalan berkaitan operasi asas darab.
III. membezakan dan mengenal antara nombor genap dan nombor ganjil dengan lebih mudah
dan cepat.
IV. menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi asas darab.
5.0 SINOPSIS/RINGKASAN INOVASI
Kaedah inovasi ini merupakan satu pilihan baharu alat bantu belajar untuk murid dan juga
satu pilihan baharu alat bantu mengajar untuk guru yang dirancang dan diilhamkan serta
ditambah baik nilainya mengikut peredaran semasa berpandukan kaedah mudah yang telah
digunakan sejak dahulu. Kaedah inovasi ini direka khas untuk membantu meningkatkan
penguasaan sifir darab murid dengan lebih mudah dan cepat. Kaedah inovasi ini terhasil
apabila mendapati masih terdapat ramai murid tahun 6 yang masih belum dapat menguasai
sifir malah terdapat murid yang terlalu lemah dalam sifir walaupun menggunakan teknik
hafalan sifir seperti yang dilakukan daripada zaman terdahulu lagi. Bagi subjek Matematik,
operasi darab diperkenalkan seawal Tahun 2 dengan penumpuan kepada sifir 2, 4, 5 dan 10
sahaja dan akan dikembangkan semasa mereka berada di Tahun 3. Justeru, apabila murid
melangkah ke tahap 2, sepatutnya murid telah menguasai operasi darab sepenuhnya. untuk
menyiapkan jadual sifir tersebut.
1